SERI
ISKANDAR, 23 JULAI 2019 - Aktiviti
gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan
sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya,
Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif
untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat,
gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal
keselamatan.
Sehubungan dengan itu,
Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong
Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 23 Julai 2019 jam 08.00 pagi
hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di
kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua zon yang terlibat
termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan
bersih.
Aktiviti
gotong-royong ini hanya tertumpu kepada pelaksanaan mengecat di seluruh
bangunan makmal terutama di Blok A dan B, Asrama Tun Perak dan Pintu Pagar
Utama. Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar
mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang
diamalkan di sini.
Semangat gotong-royong
seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara
warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat
meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan
pelajar
AKTIVITI GOTONG-ROYONG
PEJABAT CAWANGAN PENGURUSAN PELAJAR
PEJABAT CAWANGAN HUBUNGAN INDUSTRI
TANAM RUMPUT SEMULA
MAKMAL MEGA
LOBI BANGUNAN GIGA
MAKMAL KOMPUTER
LOBI BANGUNAN GIGA
PEJABAT JABATAN PENGAJIAN UMUM
STOR FABRIKASI
MAKMAL RANGKAIAN
MAKMAL SERVER
PEJABAT PENGAJAR JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
LOBI BANGUNAN GIGA
ASTAKA PENTADBIRAN
STOR ELEKTRIK
CAFETARIA