SERI
ISKANDRAR, 2 OKTOBER 2019 - Menyemai semangat sukarelawan dan amalan gotong-royong yang menjadi
tunjang perpaduan masyarakat sejak dulu perlu dikekalkan terutama generasi hari
ini.
Inisiatif Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Setor Awam
(EKSA) Institut Kemahiran Belia Negara
Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) menganjurkan Program Gotong Royong Perdana pada 1
Oktober 2019 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di seluruh zon antara
usaha menyemai semangat sukarelawan serta menghidupkan kembali amalan
gotong-royong dalam kalangan generasi belia.
Semua pelajar terbabit termasuk kakitangan IKBNSIP dengan
pengisian program membersihkan kawasan bengkel dan makmal, membuang sawang,
mengecat dinding dan mural.
Program ini antara aktiviti yang dirancang untuk
warga IKBNSIP di sini terutama dalam menyemai semangat kesukarelawan dan
menghidupkan kembali amalan gotong royong dalam kalangan belia. Amalan
gotong-royong ini bukan saja membantu meringankan beban malah mengukuhkan
ikatan silaturahim di antara satu sama lain.
Sementara pelajar ini menyifatkan aktiviti gotong
royong yang dianjurkan pihak institut memang memberi manfaat kepada golongan
pelajar kerana aktiviti ini mempunyai banyak mesej tersirat dan tersurat yang
boleh diaplikasikan dalam kehidupan hari ini.
“Pepatah Melayu ada menyebut , Yang Berat Sama
Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing memang patut diaplikasi dalam kehidupan
pelajar hari ini.
Di
harapkan aktiviti seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang dan menimba
seberapa banyak pengalaman dalam program sukarelawan sebagai persediaan sebelum
melangkah ke dunia pekerjaan kelak.