Klinik EKSA ini telah dijalankan di Auditorium, Akademi Bomba dan
Penyelamat Wilayah Utara melibatkan 8 orang pegawai IKBN Seri Iskandar manakala
27 orang anggota bomba diketuai oleh Tuan Aswadi Bin Haji Ismail, Komandan
Akademi berkenaan. Klinik ini bermula
jam 9.30 pagi dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Koordinator EKSA
IKBNSI, Ts.Amir-Kharul bin Daud. Beliau menerangkan pelaksanaan EKSA di IKBNSI.
Pada sesi petang, Pn, Siti Hajar bt Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa
Audit IKBNSI menerangkan berkaitan penguditan EKSA. Selepas sesi taklimat, para
pegawai IKBNSI dibawa melawat ke zon-zon yang terlibat di Akademi Bomba bagi
melihat dengan lebih teliti pelaksanaan EKSA di sini disamping mengadakan
pengauditan EKSA dizon berkenaan. Disamping itu juga, Pegawai-pegawai IKBN Seri
Iskandar memberikan cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat oleh pihak
Akademi Bomba sebagai persediaan sebelum diaudit pada bulan Februari oleh pihak
MAMPU.
Adalah diharapkan melalui sesi Klinik EKSA ini dapat menjayakan pelaksanaan
EKSA di Akademi Bomba bagi mendapatkan persijilan EKSA daripada MAMPU.
Disediakan oleh;
Setiausaha EKSA, IKBN Seri Iskandar
#IKBNSICemerlang
#ProfesionalTerunggul
#kitajagakita