Khamis, 21 Februari 2013

PELANCARAN KEMPEN JOM JIMAT 2013

 
IKBN SERI ISKANDAR, 21 FEB 2013 - Kempen Jom Jimat merupakan program utama yang dijalankan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada tahun 2013. Inisiatif penganjuran program ini dibuat dalam usaha membudayakan Amalan Persekitaran Berkualiti Amalan 5S dalam kalangan warga IKBN Seri Iskandar. Ia sebagai satu usaha inovasi yang cuba diimplementasikan dalam usaha menzahirkan impak pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti Amalan 5S. Dengan itu, pada 20 Februari 2013 jam 2.00 petang bertempat di Dewan Dato Maharajalela telah berlangsungnya pelancaran " Kempen Jom Jimat Amalan 5S " yang dirasmikan oleh Tuan Pengarah, Tn. Hj. Fisal Bin Ramli. Turut hadir di majlis pelancaran ini Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar En. Mohd Adzlee @ Lee serta kakitangan dan pelajar memenuhi ruang Dewan Dato Maharajalela.
          Tujuan utama Kempen Jom Jimat 2013 ini dilancarkan adalah untuk mensasarkan pengurangan kos operasi IKBN Seri Iskandar dengn mempraktikkan budaya penggunaan berjimat cermat terutamanya dalam penggunaan tenaga elektrik, bekalan air dan kertas. Kempen ini akan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan jika semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Di samping itu, beberapa aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan suasana kempen diantaranya seperti pertandingan pidato, pop kuiz dan melukis poster kempen. Dalam aktiviti ini, setiap jurusan menghantar wakil mengikut kategori pertandingan dan pemenang akan diumumkan pada perhimpunan bulanan bulan Mac 2013. Program tamat pada jam 4.30 petang.


 
 
Semua Kakitangan dan Pelajar berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku

 
Pembaca doa diawal majlis oleh pelajar

 
Pn. Emiyusida Bin Yaacob selaku pengacara majlis memberi kata-kata aluan para tetamu yang hadir

 
Kakitangan dan pelajar berkumpul di Dewan Dato Maharajalela bagi meraikan pelancaran kempen jom jimat

 
En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator amalan 5S memberikan sesi taklimat pelaksanaan kempen jom jimat 2013

 
Tuan Pengarah, Tn. Hj. Fisal Bin Ramli memberikan ucapannya dan merasmikan pelancaran kempenjom jimat 2013

 
Tuan Pengarah diiringi oleh Koordinator Amalan En. Amir-Kharul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar En.Mohd Adzlee@Lee menarik reben bunting kempen jom jimat 2013 sebagai tanda perasmian pelancaran kempen jom jimat

 
Pn. Noor Hayati Bt. Sepawi menerima poster kempen jom jimat bagi sektor 1

 
En. Ahmar Bin Salleh menerima poster kempen jom jimat bagi sektor 2

 
Pn.Nur Ishah Bt. Ishak menerima poster kempen jom jimat bagi sektor 3

 
En. Khairul Bin Hashim menerima poster kempen jom jimat bagi sektor 4

 
Cik Yeow Ying Yin menerima poster kempen jom jimat bagi sektor 5

 
Barisan penal hakim bagi pertandingan pidato kempen jom jimat

 
Para peserta mempersembahkan pidato berasaskan kempen jom jimat

 
Para peserta setiap jurusan mencuba jawab soalan dalam pertandingan pop kuiz kempen jom jimat