Khamis, 7 November 2019

LAWATAN PENANDAARASAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM), SELANGOR


SERI ISKANDAR, 7 NOVEMBER 2019 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak (IKBNSIP) telah menerima kunjungan delegasi seramai 25 orang dari university Putra Malaysia, Selangor pada 7 November 2019 jam 2.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

Lawatan ini merupakan lawatan ‘benchmarking’ EKSA yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang persediaan, pelaksanaan dan pengamalan EKSA di ILIM.  Delegasi telah diberi taklimat oleh Jawatankuasa Latihan EKSA IKBNSIP iaitu Puan Atikah Bt Ab. Rahman bertempat di Bilik Mesyuarat IKBNSIP. 

Para delegasi turut dibawa melawat ke sekitar fasiliti IKBNSIP seperti, stor penyimpanan, asrama, bilik kuliah, ruang kerja pejabat, perpustakaan, dewan makan dan lanskap taman.

Adalah diharapkan menerusi sesi lawatan ini, sedikit sebanyak delegasi lawatan dapat berkongsi dan bertukar-tukar ilmu untuk mencapai dan mengekalkan pengiktirafan akreditasi EKSA di Jabatan masing-masing