KUALA
LUMPUR, 27 NOVEMBER 2019 - Institut Kemahiran Belia
Negara Seri Iskandar telah menggadakan Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif
Sektor Awam ( EKSA ) pada 27 November 2019 jam 10.00 pagi bertempat di Kementerian
Pertahanan Malaysia. Lawatan Penandaarasan ini diketuai oleh Pn. Norhafizah Bt
Isa, Jawatankuasa Seranta bersama kakitangan yang lain seramai 7 orang.
Sesi taklimat
mengenai pelaksanaan EKSA di Unit Pembangunan telah diadakan di Bilik Mesyuarat
Utama. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai
pelaksanaan amalan EKSA serta info terkini mengenai EKSA.
Peserta lawatan telah
dibawa ke sekitar bangunan pentadbiran dan zon-zon yang terlibat terutama
sekali stor pusat dan bilik fail bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan
amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi
menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di institut
kami