SERI
ISKANDRAR, 3 DISEMBER 2019 - Menyemai semangat sukarelawan
dan amalan gotong-royong yang menjadi tunjang perpaduan masyarakat sejak dulu
perlu dikekalkan terutama generasi hari ini.
Inisiatif
Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Setor Awam (EKSA) Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar
Perak (IKBNSIP) menganjurkan Program Gotong Royong Perdana pada 3 Disember 2019
jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di seluruh zon antara usaha menyemai
semangat sukarelawan serta menghidupkan kembali amalan gotong-royong dalam
kalangan generasi belia.
Semua pelajar
terbabit termasuk kakitangan IKBNSIP dengan pengisian program membersihkan
kawasan bengkel dan makmal, membuang sawang, mengecat dinding dan mural.
Program ini antara
aktiviti yang dirancang untuk warga IKBNSIP di sini terutama dalam menyemai
semangat kesukarelawan dan menghidupkan kembali amalan gotong royong dalam
kalangan belia. Amalan gotong-royong ini bukan saja membantu meringankan beban
malah mengukuhkan ikatan silaturahim di antara satu sama lain.
Sementara pelajar ini
menyifatkan aktiviti gotong royong yang dianjurkan pihak institut memang
memberi manfaat kepada golongan pelajar kerana aktiviti ini mempunyai banyak
mesej tersirat dan tersurat yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan hari ini.
“Pepatah Melayu ada
menyebut , Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Dijinjing memang patut
diaplikasi dalam kehidupan pelajar hari ini.
Di harapkan aktiviti
seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang dan menimba seberapa banyak
pengalaman dalam program sukarelawan sebagai persediaan sebelum melangkah ke
dunia pekerjaan kelak