Jumaat, 13 Disember 2019

AUDIT PENSIJILAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) OLEH MAMPU


SERI ISKANDAR, 6 DISEMBER 2019 - Jabatan ini telah menerima kehadiran 2 orang   juruaudit   iaitu Encik Mohd Azani Bin Jabar dan Puan Raunah Binti AB Manaf daripada    Unit     Pemodenan   Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Sesi pengauditan bermula dengan pembukaan audit pada 5 Disember 2019 yang dipengerusikan oleh Encik Md Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar di mana juruaudit yang hadir telah diberi penerangan berkaitan amalan pelasanaan EKSA Jabatan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA, Encik Amir-Kharul Bin Daud.
Selesai daripada sesi pembukaan audit tersebut 2 orang juruaudit tersebut telah bergerak ke lokasi pengauditan seperti yang dijadualkan, Encik Mohd Azani Bin Jabar diiringi oleh Encik Amir-Kharul Bin Daud selaku Koordinator EKSA Jabatan manakala Puan Raunah Binti AB Manaf diiringi oleh Puan Gayathiri A/P Jaya Krishnan selaku Setiausaha EKSA. 
Dihari terakhir iaitu pada sesi penutupan audit pada 6 Disember 2019, juruaudit telah membentangkan hasil penemuan dari segi amlan baik EKSA yang diamalkan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh semua zon yang terlibat. Komen yang diterima oleh juruaudit sangat positif dan diharapkan Jabatan ini sekali lagi akan diberikan pensijilan EKSA dengan kategori Cemerlang. 
Sesi penutupan audit tersebut berakhir dengan pemberian cenderahati oleh Jabatan kepada juruaudit-juruaudit yang terlibat dan sesi fotografi bersama Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar sebagai kenang-kenangan.




SESI MESYUARAT 


JURUAUDIT MAMPU ENCIK AZANI BIN JABAR


JURUAUDIT MAMPU PUAN RAUNAH BINTI AB MANAF 


SESI TAKLIMAT PELAKSAAN EKSA JABATAN 




SESI LAWATAN AUDIT KE LOKASI EKSA  DI PERPUSTAKAAN




PADANG TENNIS 


SEKTOR 5