SERI ISKANDAR, 17 JANUARI 2020 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar
telah membuat perubahan membudayakan ke arah mengimplementasikan Ekosistem
Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) sebagai penaraju kepada kaedah paling efektif
untuk memotivasikan pegawai dan pelajar serta meningkatkan produktiviti dalam
sesebuah persekitaran kerja dilaksanakan secara sistematik. Program ini
melibatkan seluruh warga IKBN Seri Iskandar bagi menzahirkan kecekapan dan
keberkesanan IKBN Seri Iskandar ke arah identiti korporat dalam aspek
pengurusan persekitaran kerja yang cemerlang, indah dan kondusif.
Bagi mencapai matlamat
ini, IKBN Seri Iskandar telah memanggil pihak Unit Pemodenan Tadbiran Dan
perancangan Pengurusan Malaysia ( MAMPU ) membuat audit Ekosistem Kondusif
Sektor Awam ( EKSA ) mengikut kriateria MAMPU pada 6 Disember 2020 bagi tujuan
pensijilan semula buat kali kedua.
Dengan semangat kerjasama
seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengimplementasikan Ekosistem Kondusif Sektor
Awam ( EKSA ) akhirnya IKBN Seri Iskandar telah Berjaya memperolehi pensijilan
Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) oleh pihak MAMPU bagi tempoh 2 tahun
mulai 15 Disember 2019 hingga 14 Disember 2021.
Sijil Penganugerahan EKSA ini telah disampaikan oleh Tn. Md. Isa Bin
Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar kepada En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan
Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri
Iskandar semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Januari 2020 pada 17 Januari
2020.