Khamis, 28 Julai 2011

GOTONG ROYONG HARI SERAGAM (SHIKETSU) 20 JULAI 2011

Pada 20 Julai 2011, Warga IKBNSI telah bekerjasama mengadakan aktiviti gotong royong Hari Seragam. Semua Warga IKBNSI telah mematuhi piawaian persekitaran berkualiti ditempat kerja bagi memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa.

  • membersihkan lampu

  • Persekitaran yang bersih akan membuatkan kita selesa melakukan sesuatu pekerjaan.
  • Warga IKBNSI telah bekerjasama melakukan aktiviti gotong royong seragam ini untuk mencapai Pensijilan Amalan 5S.
  • Terima Kasih Warga IKBNSI kerana telah berjaya melakukan Amalan ini.


LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S DI IKM LUMUT

Alhamdulillah, IKBNSI telah membuat Lawatan Penandaarasan di IKM Lumut Pada 19 Julai 2011, yang diketuai oleh En Amir Khairul Bin Daud. Kami disambut oleh wakil dari IKM Lumut.

  • Tibanya kami di sana disambut oleh wakil IKM Lumut


  • Dibawa masuk ke Dewan Bagi mendengar sedikit taklimat ringkas
  • Masuk semula ke Dewan untuk Taklimat 5S dan cara menjalankan 5S di IKM Lumut.
  • Lebih kurang sejam lebih kami mendengar taklimat.
  • Selepas itu kami dibawa ke bagunan - bagunan IKM Lumut yang mengamalkan Amalan 5S.

  • Susunan fail yang kemas dan mudah dicari

  • Mereka juga mengamalkan meletakkan kereta secara bertentangan (Reverse Parking).
  • Mudah untuk Keluar masuk, dan mengelakkan gangguan ketika mengeluarkan kereta.
  • Suasana dan keadaan tempat di IKM Lumut sangat teratur dengan mengamalkan Amalan 5S.
  • Kami berharap agar pihak IKM Lumut akan meneruskan dan melancarkan Amalan 5S ini secara berterusan. Terima Kasih atas ilmu dan tunjuk ajar dengan Amalan 5S.  

KEMPEN SENYUM

  • Pada 19 Mei 2011, Kementerian Belia dan Sukan telah melancarkan kempen senyum, ia adalah untuk menceriakan suasana dan mengeratkan perhubungan. Oleh itu, IKBN Seri Iskandar juga mengamalkan Kempen Senyum untuk persekitaran yang harmoni. Marilah Warga IKBNSI memulakan Hari Anda Dengan Senyuman

GOTONG ROYONG HARI SAPU (SEISO) 28 APRIL 2011

Alhamdulillah, IKBNSI telah melaksanakan aktiviti Gotong royong Hari Sapu (SEISO). Warga IKBNSI perlu mencuci atau membersihkan tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran diatas lantai dan persekitaran IKBNSI. Aktiviti gotong royong dijalankan pada jam 8.00 hingga 12 tengahari.
  • Membersihkan di bahagian Lampu,membuang sawang.
  • Menyapu dan mengemop lantai supaya hilang habuk dan kotoran.
  • Membuang sawang dan habuk di penjuru dinding.
  • Di bahagian lantai dan di celah - celah barang seperti kerusi, atau almari perlu disapu supaya bersih.
Semua kerjasama Warga IKBNSI dihargai,Semoga Amalan 5S ini dapat dikekalkan.
Terima Kasih.

GOTONG ROYONG HARI SUSUN (SEITON) 15 APRIL 2011

Pada 15 April 2011, Alhamdulillah IKBNSI telah melancarkan gotong royong Hari Susun. Warga IKBNSI telah menjayakan aktiviti gotong royong ini dengan jayanya. Mudah -mudahan IKBNSI Dapat mengekalkan Amalan 5S ini secara berterusan. Aktiviti ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12 tengahari.

  • Semua meja disusun dengan teratur supaya nampak kemas.


  • Surat-surat penting dletakkan di rak supaya kelihatan kemas dan mudah dicari.

  • Di bengkel jahitan, semua alat jahitan disusun dengan teratur supaya pelajar yang menjahit akan selesa dan keselamatan juga terjamin.


  • Melekatkan gam di setiap penjuru meja, agar meja dapat disusun teratur dan mudah untuk disusun.


  • Di bilik mesyuarat disusun dengn teratur agar dapat keselesaan sewaktu mesyuarat.
  • Terima Kasih Warga IKBNSI kerana bekerjasama menjayakan aktiviti Gotong royong ini.


MAJLIS PELANCARAN AMALAN 5S, GOTONG - ROYONG PERDANA DAN GOTONG-ROYONG SISIH (24 FEBRUARI 2011)

Alhamdulillah, Pelancaran Amalan 5S berjalan dengan lancarnya. Kami berharap agar Semua warga IKBNSI dapat mengamalkan Amalan 5S ini secara berterusanya. Ini adalah untuk mendapat pensijilan Amalan 5S. Amalan 5S ini adalah Sisih(SEIRI), Susun(SEITON), Sapu(SEISO), Seragam(SEIKETSU),Sentiasa Amal(SHITSUKE). Disamping itu, kami melaksanakan Gotong royong Perdana dan Gotong royong sisih. Warga IKBNSI diminta menyisih dan melupuskan (membuang) barang yang tidak perlu di tempat kerja / di dalam kelas.



  • Sedikit ucapan dari Tuan Pengarah En Muzkhairil bin Muhamad sebelum merasmikan Pelancaran Amalan 5S di IKBN Seri Iskandar.


  • Pn Nordalilah bt Yusoff (KETUA SEKTOR 4)


  • En Raja Muadzam Syah bin Raja Mohd Noor (FASILITATOR 2)


  • En Ahmad Fairus bin Saad (KETUA SEKTOR 3)

  • En Abdul Rahim bin Basri (JAWATANKUASA LATIHAN)

  • Cik Gayathiri A/P Jaya Krishnan (KETUA SEKTOR 5)

  •  Perasmian Pelancaran Amalan 5S, Pengarah IKBNSI menyerahkan Fail Amalan 5S di setiap sektor,bagi menjalankan Amalan 5S di sektor masing - masing.
  • Selepas Perasmian, semua Warga IKBNSI melakukan gotong royong Perdana dan gotong royong Sisih (SEIRI). Semua barang yang tidak diperluakn perlu disisihkan.












  • Teriam Kasih atas kerjasama Warga IKBNSI.


Rabu, 27 Julai 2011

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S DI IKM BESERI, PERLIS (10 FEBRUARI 2011)

Pada 10 Februari 2011 pihak IKBN Seri Iskandar telah membuat Lawatan Penandaarasan Amalan 5S di IKM Beseri,Perlis, yang diketuai oleh En Amir Khairul Bin Daun. Disambut oleh wakil IKM Beseri.

  • Warga IKBN yang mengikuti Lawatan di IKM Beseri,Perlis. Seramai 24 orang.



  • Dibawa ke Dewan untuk Taklimat ringkas, yang diberikan oleh Ketur Unit Latihan / Ketua Audit Promosi.



  • Melawat Galeri 5S di IKM Beseri. Semua yang berkaitan Amalan 5S diletakkan disitu. Ia kelihatan sebuah pameran.






  • Pusat Sumber IKM Beseri. Disediakan rak untuk meletakkan beg, dan keadaan bukunya tersusun rapi.


  • Kawasan terminal Bas di IKM. Menyediakan kenderaan untuk para pelajar.









  • Sekolah Automotif. Persekitarannya yang sangat bersih.








  • Ini  Bengkel - Bengkel Automotif. Susunan peralatan yang sangat kemas, ini adalah satu daripada Amalan 5S.

Terima Kasih di atas layanan yang diberikan,semoga lawatan ini dapat meneruskan tali persahabatan, dan syabas kepada pihak IKM kerana berjaya memdidik kearah Amalan 5S.
Sekian Terima Kasih.