Khamis, 22 Jun 2017

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI UITM SERI ISKANDAR, PERAK



SERI ISKANDAR, 21 JUN 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pertak, Selangor pada  20 Jun 2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 30 orang. Rombongan ini diketuai oleh Pn. Johana Bt Yusof.

Turut hadir sama sesi taklimat Tn.Hj. Fisal Bin Ramli, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Ahli Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor di bawah Jawatankuasa Latihan.


Para peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti. Diakhir rombongan sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran


Sesi taklimat pelaksanaan EKSA oleh IKBN Seri Iskandar


En. Amir-Kharul Bin Daud koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar memberi respon daripada peserta lawatan


Sesi penyampaian cenderahati kepada wakil UITM Seri Iskandar, Perak



Lawatan ke Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan



Melihar sudut EKSA di Bahagian Pentadbiran


Sesi bergambar bersama peserta lawatan 

Rabu, 14 Jun 2017