Selasa, 23 Julai 2019

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA


PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA


SERI ISKANDAR, 23 JULAI 2019  - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 23 Julai 2019 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih.

Aktiviti gotong-royong ini hanya tertumpu kepada pelaksanaan mengecat di seluruh bangunan makmal terutama di Blok A dan B, Asrama Tun Perak dan Pintu Pagar Utama. Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan pelajar 

AKTIVITI GOTONG-ROYONG 

PEJABAT CAWANGAN PENGURUSAN PELAJAR



PEJABAT CAWANGAN HUBUNGAN INDUSTRI 


TANAM RUMPUT SEMULA 


MAKMAL MEGA



LOBI BANGUNAN GIGA


MAKMAL KOMPUTER



LOBI BANGUNAN GIGA



PEJABAT JABATAN PENGAJIAN UMUM


STOR FABRIKASI 


MAKMAL RANGKAIAN 


MAKMAL SERVER 


PEJABAT PENGAJAR JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT



LOBI BANGUNAN GIGA 


ASTAKA PENTADBIRAN


STOR ELEKTRIK 


CAFETARIA


Rabu, 17 Julai 2019