Khamis, 27 September 2018

LAWATAN PENANDAARASAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) KE JABATAN AKAUNTAN NEGARA NEGERI PERLIS


PERLIS, 27 SEPTEMBER 2018 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menggadakan Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) pada 27 September 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Jabatan Akauntan Negara Negeri Perlis. Lawatan Penandaarasan ini diketuai oleh En.Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA bersama kakitangan dan pelajar seramai 30 orang.

Sesi taklimat mengenai pelaksanaan EKSA di Jabatan Akauntan Negara Negeri Perlis telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA serta info terkini mengenai EKSA. 

Peserta lawatan telah dibawa ke sekitar bangunan pentadbiran dan zon-zon yang terlibat terutama sekali stor pusat dan bilik fail bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di institut kami
























Khamis, 20 September 2018

Rabu, 19 September 2018

Selasa, 4 September 2018

LAWATAN PENANDAARASAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DARI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA LUMUT KE INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA SERI ISKANDAR


SERI ISKANDAR, 4 SEPTEMBER 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat seramai 30 orang pegawai Tentera Laut DiRaja Malaysia Lumut pada  4 September 2018 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat pendedahan awal serta melihat secara dekat aplikasi pelaksanaan EKSA di IKBN Seri Iskandar. Ketibaan pelawat disambut oleh En. Amir-Kharul Bin Daud selaku Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA, Ketua-ketua Jawatankuasa dan Zon serta sesi bergambar bersama pelawat di lobi utama pentadbiran.
Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Jawatankuasa  EKSA, Pn. Nur Ishah Bt. Ishah dan pelawat juga dibawa melawat ke sekitar zon-zon terlibat bagi melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di sini.
Adalah diharapkan agar perkongsian menerusi sesi lawatan ini dapat memperluas pelaksanaan EKSA di agensi Kerajaan lain bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi serta menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau dan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif

SESI TAKLIMAT 




TAKLIMAT LAWATAN DI LOBI 




LAWATAN DI BAHAGIAN PENTADBIRAN






STOR UTAMA




PEJABAT PENGAJIAN UMUM 


KETUA JABATAN ELEKTRIK 


KAMSIS TUN FATIMAH




SESI BERGAMBAR DI LOBI