Jumaat, 28 September 2012

PRA AUDIT AMALAN 5S

  
SERI ISKANDAR  -  01 Oktober 2012,  Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah berlangsung Pra Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh Malaysia Productivty Corporation ( MPC) pada 28 September 2012 jam 09.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, IKBN Seri Iskandar. Pelbagai aturcara sempena Pra Audit Amalan 5S ini berlangsung di mana pihak urusetia telah merancang bagi menjayakan pra audit tersebut. Majlis dimulai dengan ketibaan pegawai audit dari pihak Wilayah Utara MPC iaitu En. Mohd Hisyam Bin Hatimtai. Ketibaan rombongan disambut oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator amalan 5S dan semua AJK Induk 5S.
Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh Tuan Pengarah, Tn. Hj. Fisal Bin Ramli dan seterusnya tayangan montaj IKBN Seri Iskandar serta aktiviti 5S. Majlis diteruskan dengan taklimat pelaksanaan amalan 5S yang telah disampaikan oleh Ketua Unit, Jawatankuasa Latihan, En. Abdul Rahim Bin Basri bagi memberikan secara keseluruhan semua aktiviti dan pelaksanaan Amalan 5S IKBN Seri Iskandar dijalankan. Setelah selesai majlis diteruskan dengan sesi pemeriksaan dokumentasi 5S oleh pegawai audit. Semua dokumen induk 5S diperiksa bagi memenuhi kriteria persijilan amalan 5S dan disusuli dengan lawatan ke semua zon yang diiringi oleh koordinator amalan 5S IKBN Seri Iskandar, En. Amir-Kharul Bin Daud bersama ketua unit setiap zon. 
Sesi taklimat penutupan pra audit telah diadakan di mana wakil dari pihak MPC telah membentangkan laporan hasil audit terhadap semua pemerhatian yang dijalankan. Secara keseluruhan Pra Audit Persijilan Amalan 5S terhadap semua zon IKBN Seri Iskandar memuaskan dan perlu penambahbaikan dilakukan di beberapa tempat sebelum audit sebenar berlangsung.

 
En. Abdul Rahim Bin Basri selaku Ketua Jawatankuasa Latihan membentangkan aktiviti amalan 5S kepada wakil audit MPC dan semua pegawai setiap jawatankuasa induk dan pelaksana.

  
En. Mohd Hisyam Bin Hatimtai membentangkan tentatif pra audit kepada semua pegawai yang hadir. 

En. Mohd Hisyam Bin Hatimtai sedang mendengar taklimat dan memeriksa dokumen daripada Jawatankuasa Audit Dalaman Amalan 5S.

En. Abdul Rahim Bin Basri daripada Jawatankuasa Latihan menerangkan aktiviti yang telah dilaksanakan kepada En. Mohd Hisyam Bin Hatimtai.


En. Amir-Kharul Bin Daud mengiringi Pegawai Audit melawat ke stor bengkel audio bagi melihat pelaksanaan amalan 5S.

Sesi taklimat penutupan pra audit telah diadakan di mana wakil dari pihak MPC telah membentangkan laporan hasil audit terhadap semua pemerhatian yang dijalankan.
Sesi bergambar bersama Tuan Pengarah dan semua jawatnkuasa induk 5S diadakan setelah selesai sesi penutupan pra audit.


Jumaat, 14 September 2012

GOTONG ROYONG PERDANA 5S

GOTONG-ROYONG PERDANA AMALAN 5S KALI KEDUA
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA SERI ISKANDAR, PERAK
IKBN SERI ISKANDAR 14 Sept. - Amalan bergotong-royong perlu dikekalkan kerana ia boleh mengukuhkan ikatan persahabatan dan hubungan kerjasama sesama kita yang sekarang ini berdepan arus pemodenan dan sering kesuntukan waktu untuk menjalankan aktiviti seperti ini. Jesteru itu, IKBN Seri Iskandar mengambil anisiatif dengan mengadakan program gotong-royong perdana kali kedua persekitaran berkualiti amalan 5S pada 11-12 September 2012.  Sebelum program dijalankan, majlis perasmian telah diadakan di mana Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator amalan 5S hadir bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Adzlee@Lee, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, En. Ahmad Fairuz Bin Saad, semua kakitangan dan pelajar.

Program gotong-royong ini merangkumi semua sektor di mana pelajar akan dibahagikan mengikut sektor masing-masing. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menghadapi audit amalan 5S oleh pihak MPC bagi memperbaharui sijil 5S yang akan tamat tempoh pengesahan.

Semua pelajar dan kakitangan berkumpul di padang kawad bagi mendengar amanat oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud.


En. Jamaludin Bin Tahrim membaca senarai nama pelajar untuk dibahagikan mengikut sektor masing-masing.

Ketua Sektor 4 En. Ahmad Fairuz Bin Saad bersama Pn. Emiyusida Bt. Yaacob memberi taklimat kepada pelajar sebelum memulakan gotong-royong.

Pelajar sedang membersihkan sawang yang berada di lampu

Pelajar bertungkus-lumus membuang air kolam ikan untuk dibersihkan kerana berlumut dan kotor.
Pelajar membersihkan habuk yang terlekat di bahagian pintu utama pentadbiran.

Pelajar sedang menyusun fail-fail pentadbiran dan kewangan yang tidak aktif di stor supaya ianya dalam keadaan kemas dan tersusun.

Pelajar sedang mengasingkan peralatan yang rosak di bengkel Audio Visual.

Pelajar sedang mengemas dan mengikat kabel komputer serta melebelkan semula kedudukan peralatan yang bergerak makmal komputer.

Cik Usah Setiausaha Induk Amalan 5S sedang mengemaskini maklumat di Sudut 5S.