Rabu, 30 Disember 2015

IKBN SERI ISKANDAR DIANUGERAHKAN PENSIJILAN EKSA OLEH MAMPU



SERI ISKANDAR, 22 DISEMBER 2015 -  Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar ( IKBNSI ) telah membuat perubahan membudayakan ke arah mengimplementasikan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) sebagai penaraju kepada kaedah paling efektif untuk memotivasikan pegawai dan pelajar serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran kerja dilaksanakan secara sistematik. Program ini melibatkan seluruh warga IKBN Seri Iskandar bagi menzahirkan kecekapan dan keberkesanan IKBN Seri Iskandar ke arah identiti korporat dalam aspek pengurusan persekitaran kerja yang cemerlang, indah dan kondusif.

         Bagi mencapai matlamat ini, IKBN Seri Iskandar telah memanggil pihak Unit Pemodenan Tadbiran Dan perancangan Pengurusan Malaysia ( MAMPU ) membuat audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) mengikut kriateria MAMPU pada 22 Oktober 2015 jam 8.00 pagi di Bilik Mesyuarat. Pegawai Audit daripada MAMPU adalah terdiri daripada En. Ahmad Najme Bin Muhammad ( Ketua Pasukan ) dan En. Hishamuddin Bin Ahmad. Sesi taklimat telah diadakan yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalana Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar serta En. Vijayan Kumar a/l Nandarajan, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Jawatankuasa Induk EKSA. Taklimat EKSA IKBN Seri Iskandar telah disampaikan oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar dan disusuli dengan sesi soal jawab serta pemeriksaan seluruh sektor.

        Dengan semangat kerjasama seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengimplementasikan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) akhirnya IKBN Seri Iskandar telah Berjaya memperolehi pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) oleh pihak MAMPU bagi tempoh 2 tahun mulai 15 November 2015 hingga 14 November 2017. Sijil Penganugerahan EKSA ini telah disampaikan oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar kepada En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Disember 2015 pada 18 Disember 2015

AUDIT EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM ( EKSA ) DARI MAMPU

 
SERI ISKANDAR, 26 OKTOBER 2015 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Audit Ekosistem Kondusif sektor Awam (EKSA) pada 22 Oktober 2015 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat. Pegawai Audit dari Unit Pemodenan Tadbir Dan Perancangan Pengurusan Malaysia ( MAMPU ) seramai 2 orang iaitu En. Ahmad Najme Bin Muhamamad ( Ketau Pasuakn ) dan En. Hishamuddin Bin Ahmad.
 
         Satu mesyuarat pembukaan audit telah diadakan di mana Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah, IKBN Seri Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan dan En. Vijayan Kumar a/l Nandarajan, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Ahli jawatankuasa Induk hadir.

       Sesi taklimat mengenai latar belakang pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah disampaikan oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, Merangkap Koordinaotr EKSA IKBN Seri Iskandar dan disusuli taklimat pelaksanaan audit oleh juruaudit. Pemeriksaan Audit ini merangkumi dokumentasi setiap jawatankuasa dan pemeriksaan setiap sektor dan pejabat.
 
         Pemeriksaan ini akan mengambil masa selama 1 hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Di akhir program, sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran bersama Pengarah IKBN Seri Iskandar dan Jawatankuasa Induk EKSA

 
Mesyuarat Pembukaan Audit EKSA telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama Jawatankuasa Induk dan Juruaudit MAMPU

 
Pn. Noorhafizah Bt Isa selaku Pengacara Majlis sesi taklimat Audit EKSA

 
En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar memberi taklimat pelaksanaan EKSA

 
En. Ahmad Najme Bin Muhammad ( Ketua Pasukan ) memberi taklimat aturcara audit

 
Sesi soal jawab daripada juruaudit kepada ketua sektor
 

 
Pemeriksaan di Makmal Rangkaian Komputer di Jabatan Teknologi Maklumat

 
Teguran daripada juruaudit tatacara penyimpanan kunci

 
Pemeriksaan di Sudut EKSA di Sektor 5 di Jabatan Pengajian Umum

 
Teguran daripada juruaudit mengenai kad Kew.pa 7

 
Lawatan juruaudit di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Latihan

 
Pn. Shakila Bt Zainal memberi taklimat mengenai kompenan peralatan elektrik kepada juruaudit

 
Pemeriksaan di stor peralatan makmal Elektronik

 
Pemeriksaan di raung kerja di Cawangan Penyelarasan dan Kualiti ( CPKK )

 
Sesi taklimat penutupan audit oleh juruaudit hasil penemuan

 
Sesi bergambar bersama Jawatankuasa Induk dengan Juruaudit EKSA MAMPU

 
Penyampaian Cenderahati kepada Juruaudit oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar