Khamis, 21 Januari 2016

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI UITM SEREMBAN

 
 
 
SERI ISKANDAR, 21 JANUARI 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima lawatan penandaarasan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) daru Universiti Institut Teknologi Mara ( UITM ) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban 3 pada 20 Januari 2015 bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Lawatan penandaarasan ini diketuai oleh Pensyarah Kanan merangkap penyelaras EKSA PN. Nor Azizah Bt Mohamad Amin bersama 30 kakitangan. Turut hadir sama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Jawatankuasa Induk EKSA. Ini adalah merupakan lawatan penandaarasan pertama dari agensi / jabatan luar yang hadir di IKBN Seri Iskandar selepas memperolehi Sijil EKSA pada 14 November 2015 oleh pihak MAMPU.
 
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA di sini serta maklumat yang mengenai EKSA yang diperolehi hasil dari lawatan tersebut terutama berkaitan dengan inovasi yang dibangunkan digunapakai sebagai contoh Menara 5S. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Koordinator EKSA dan disusuli dengan taklimat pelaksanaan EKSA IKBN Seri Iskandar oleh En. Raja Muadzam Shah B. Raja Mohd Noor, Jawatankuasa Latihan.
 
Di akhir program ini, para delegasi ini telah di bawa untuk melihat sekitar bahagian dan unit bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di pejabat mereka kelak.
 
 
 
Peserta lawatan mendengar taklimat EKSA dari AJK Latihan

 
En. Raja Muadzam Syah B. Raja Mohd Noor memberi taklimat pelaksanaan EKSA

 
Peserta di bawa melawat ke Asrama Tun Fatimah

 
Di Lobi Pentadbiran

 
Melihat Sudut EKSA Induk

 
Lawatan di Bahagian Pentadbiran Dan Kewamgan

 
Pn. Suhaila Bt Mohamed Zain memberi penerangan pelaksanaan EKSA di Stor Pusat

 
Penyusunan bekalan pejabat mengikut pelaksanaan EKSA

 
Lawatan di Sektor 5 Jabatan Pengajian Umum

 
En. Kishore Kumar a/l Ayyawoo memberi penerangan pelaksanaan EKSA

 
Peserta di bawa ke Jabatan Teknologi Maklumat

 
Pn, Atikah Bt Ab. Rahman menerangkan kepada peserta di Makmal Multimedia

 
Di Bilik Studio

 
Suasana di Perpustakaan

 
Sesi bergambar bersama Pengarah IKBN Seri Iskandar, Tn. Hj. Fisal Bin Ramli bersama Jawatankuasa Induk EKSA

Rabu, 20 Januari 2016