Rabu, 19 Mac 2014

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S KE JABATAN KASTAM DIRAJA P.PINANG

 
 
SEBERANG PRAI, P.PINANG, 19 MAC 2014 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Penandaarasan Pelaksanaan Amalan 5S ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang pada 18 Mac 2014 jam 2.30 petang bertempat di Ibu Pejabat, Jabatan kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang. Lawatan Penandaarasan ini turut sertai oleh Tuan Pengarah, Tn. Hj. Fisal Bin Ramli bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud dan Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Adzlee @ Lee serta ketua-ketua jabatan/cawangan dan majlis perwakilan pelajar. Tujuan utama lawtan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan Amalan 5S di Jabatan berkenaan. Banyak idea dan maklumat mengenai 5S yang diperolehi hasil dari lawatan tersebut terutama berkaitan dengan inovasi yang dibangunkan seperti sistem maya.
 
           Sesi taklimat dan dialog selama 1 jam telah berlangsung di mana pihak jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menyampaikan serba sedikit latar belakang pelaksanaan amalan 5S dan disusuli dengan penerangan Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan. Di akhir lawatan, delegasi ini telah di bawa untuk melihat sekitar bahagian dan unit bagi melihat suasana sebenar pelaksanaan amalan 5S. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang yang telah menyampaikan perkongsian maklumat dari lawatan tersebut.



Sesi taklimat mengenai Pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan
 


Sesi taklimat pelaksanaan Amalan 5S jabatan


Pegawai dan kakitangan IKBN Seri Iskandar mendengar taklimat 5S
 


Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar menyampaikan ucapan


Peserta lawatan  mendengar taklimat oleh Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar 
 


Tn. Hj. Fisal Bin Ramli menerima cenderamata daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia P.Pinang



Ketua Unit / Cawangan memberi taklimat mengenai sudut 5S yang bercirikan koporat


Memperkenalkan Sistem Maya 5S yang dibangunkan sebagai projek inovasi
 


Melaksanakan suasana ke arah hijau ( Go Green )  



Sistem Fail yang sistematik dan teratur
 


Penanda Aras ( Merah ) sebagai penunjuk agar stok sentiasa mencukupi



Penggunaan Stiker " Jimat Elektrik" yang seragam seluruh bahagian



Ketua Kerani menunjukkan lebel bekalan pejabat dengan penanda "Sila Guna Saya Duhulu" agar bekalan pejabat sentiasa mencukupi  

 
Di ruang legar bangunan juga terdapat notis parkir kereta secara mengundur

HARI AMALAN 5S ( MAC 2014 )