Khamis, 27 Februari 2014

FLYERS 'REVERSE PARKING'


PELANCARAN KEMPEN JOM JIMAT 2014


SERI ISKANDAR, 27 FEBEUARI 2014 - Kempen Jom Jimat 2014 merupakan program utama yang dijalankan di Institut Kemahiran Beli Negara Seri Iskandar dan kesinambungan daripada tahun 2013. Inisiatif penganjuran program ini dibuat dalam usaha membudayakan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) dalam kalangan warga IKBN Seri Iskandar. Ia sebagai satu usaha inovasi yang cuba diimplementasikan dalam usaha menzahirkan impak pelaksanaan Amalan 5S.
 
          Beberapa pelan tindakan telah digariskan di dalam Kempen Jom Jimat untuk dijadikan panduan dan amalan bagi warga IKBN Seri Iskandar di dalam menjalankan tugasan seharian di tempat kerja. Antaranya adalah penjimatan elektrik, air dan kertas. Disamping itu juga diadakan aktiviti 5S yang melibatkan pelajar setiap jurusan seperti Pertandingan Wasiat Beracun di mana setiap jurusan menghantar wakil dalam pertandingan tersebut.

 
Pelajar sedang memberi bayangan kepada ahli kumpulan untuk menjawab soalan tersebut.


Rabu, 19 Februari 2014