Jumaat, 4 September 2015

PROGRAM GOTONG-ROYONG DI ASRAMA


SERI ISKANDAR, I7 SEPTEMBER 2015 - Jawatankuasa Induk Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah mengadakan Program Gotong-Royong Perdana di Asrama Tun Perak dan Tun Ali ( lelaki ) serta Tun Fatimah ( perempuan ) pada 4 September 2015 jam 8.00 pagi. Program gotong-royong ini adalah bertujuan bagi penganjuran Kejohanan Sukan Tahunan Se-Malaysia Kali Ke-29 pada 6-9 September 2015 di mana IKBN Seri Iskandar telah menjadi tuan rumah. 

        Gotong royong ini mengikut konsep Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal di setiap zon masing-masing bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang Hasil daripada gotong royong ini dapat dilihat peningkatan Amalan EKSA di zon-zon yang telah dikenalpasti


Pelajar sedang membantu mengecat semula pada tiang di Kafetaria


Pelajar turut membersihkan bilik masing-masing


Pelajar membasuh meja 


Pelajar sedang membuat pendawaian semula elektri di KIOSK KESKEB yang dipantau oleh pengajar