Khamis, 16 Februari 2017

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA, LUMUT


SERI ISKANDAR, 16 FEBRUARI 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut pada  15 Februari 2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 40 orang.

Turut hadir sama sesi taklimat En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Ahli Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pn. Nur Ishah Bt Zainal di bawah Jawatankuasa Latihan.

Para peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti. Diakhir rombongan sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran


Penyampaian Cenderahati 


Lawatan di Pejabat Pentadbiran
 

Lawatan di Pejabat En. Amir-Kharul Bin Daud
 

Lawatan di Makmal Elektrik


Taklimat yang disampaikan oleh En. Mohamed Haniff  Bin Abdullah