Jumaat, 21 November 2014

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA AMALAN 5S (EKSA)


SERI ISKANDAR, 20 NOVEMBER 2014 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar ( IKBNSI ) telah membuat perubahan membudayakan perkhidmatan ke arah mengimplementasikan persekitaran berkualiti amalan 5S. Jesteru itu, satu program gotong-royong perdana buat kali - 4 telah diadakan pada 19 November 2014 merangkumi semua bahagian dan sektor. Program ini melibatkan seluruh warga IKBNSI sebagai penaraju kepada keadah paling efektif untuk memotivasikan pegawai dan pelajar serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran kerja dilaksanakan secara sistematik. Program gotong-royong perdana ini adalah merupakan satu langkah bagi mempraktikkan amalan 5S untuk menzahirkan kecekapan dan keberkesanan IKBN Seri Iskandar ke arah identiti korporat dalam aspek pengurusan persekitaran kerja yang cemerlang, indah dan kondusif.

Satu majlis sesi taklimat telah diadakan dan pembahagian pelajar mengikut sektor . Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk persediaan menghadapi audit dalam dari Unit Audit 5S yang akan diadakan pada bulan Disember 2014 dengan identiti baru mengikut syarat pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)di MAMPU


Pelajar sedang membersihkan Ketua Unit Hubungan Industri


Pelajar turut membantu dalam melaksanakan amalan 5S


Memastikan budaya amalan 5S sentiasa diamalkan


Pengajar dan pelajar bersama-sama membersihkan Bengkel Elektrik


Pelajar membersihkan di Makmal Fiber Optik

Isnin, 17 November 2014