Jumaat, 30 Mac 2012

AUDIT AMALAN 5S OLEH PIHAK MPC DI ASRAMA


29.3.2012 - Pegawai Audit dari pihak MPC telah hadir ke Institut Kemahiran Belia Negara Sesi Iskandar pada 29.3.2012 bagi tujuan pensijilan amalan 5S di kawasan asrama lelaki dan perempuan. Sebelum itu, sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud bersama semua Jawatankuasa Induk Amalan 5S. Taklimat telah dipersembahkan oleh Pn.Nur Ishah Bin Ishak selaku Ahli Jawatankuasa Latihan kepada wakil audit dari pihak MPC mengenai pelaksanaan dan dokumentasi. 


Pegawai Audit telah di bawa ke tempat stor penyimpanan peralatan sukan dan rekreasi di asrama perempuan. 


Pegawai Audit telah memberi penjelasan dan komen di kawasan stor peralatan sukan dan rekreasi di asrama lelaki.


Pegawai Audit sedang memeriksa dan melihat pelaksanaan amalan 5S di Asrama Lelaki.


Pegawai Audit telah dibawa ke dalam bilik asrama lelalki bagi melihat dan pemeriksaan pelaksanaan amalan 5S dibuat.


Selesai membuat pemeriksaan dan peninjauan suasana di kawasan asrama lelaki dan perempuan, satu sesi pembentangan keputusan audit telah diadakan di mana semua Ahli Jawatankuasa Induk 5S hadir bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud dan Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Adzlee Lee.  


Selesai pembentangan keputusan audit, sesi bergambar bersama pegawai audit dari pihak MPC serta Ahli  Jawatankuasa Amalan 5S 

Isnin, 26 Mac 2012

PRA AUDIT AMALAN 5S DI ASRAMA


27.3.2012 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Pra Audit Amalan 5S dari pihak MPC pada 26.3.2012 bagi kesinambungan pensijilan amalan 5S di kawasan asrama. Sebelum itu, sesi taklimat dari pihak IKBNSI telah diadakan di Bilik Mesyuarat yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator amalan 5S bersama Jawatankuasa Induk 5S. Taklimat ini telah dibentangkan oleh Pn. Nur Ishah Bt. Ishak selaku Jawatankuasa Latihan yang merangkumi pelaksanaan amalan 5S dan dokumentasi. Sesi penutup audit oleh pihak MPC telah dibuat di mana keseluruhannya amalan 5S di asrama kurang memuaskan dan banyak teguran telah ditimbulkan. Selepas itu, sesi bergambar telah diadakan di ruang legar Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan.


Sebahagian Jawatankuasa Induk Pelaksana 5S yang hadir di sesi taklimat Pra Audit 5S.


Pegawai Audit telah di bawa ke asrama perempuan bagi melihat pelaksanaan amalan 5S dilaksanakan.


Pegawai Audit telah memberi komen mengenai pelaksanaan amalan 5S di Bilik Peralatan Sukan dan Rekreasi kepada Pn. Nurul Ain Fatma selaku pemilik bilik tersebut.


En. Fakhrurrazi selaku Penyelia Asrama Lelaki telah memberi taklimat kepada pegawai Audit mengenai susunatur kunci setiap bilik.


Pegawai Audit telah memberi komen dan teguran mengenai kebersihan di bilik ini serta label setiap peralatan elektrik yang sediada.


En. Fakrurrazi telah memberi sedikit penerangan dan taklimat kepada En. Amir-Kharul Bin Daud dan Pegawai Audit MPC mengenai pelaksanaan amalan 5S di asrama dan perubahan yang patut dilakukan.


Sesi bergambar telah diadakan di ruang legar Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan.