Khamis, 19 Februari 2015

SESI TAKLIMAT EKSA OLEH PENCERAMAH JEMPUTAN DARI MAHKAMAH SYARIAH IPOH, PERAK





Penceramah jemputan luar dari Jabatan Mahkamah Kehakiman Mahkamah Syariah Cik Multazimah Binti Rafie mengenai pelaksanaan EKSA di jabatan beliau dan kriteria pengauditan EKSA di bawah MAMPU.

PENYERAHAN BUNTING EKSA KEPADA KETUA JABATAN


Penyampaian Bunting EKSA kepada Ketua Jabatan Kejuruteraan Teknologi Industri & Elektrik Pn. Noordalilah Binti Yusoff


Penyampaian bunting EKSA kepada wakil Cawangan Pengurusan Pelajar Pn. Noorhafizah Binti Isa


Penyampaian Bunting EKSA kepada Ketua Jabatan Pengajian Umum Cik Yeow Ying Ying


Penyampaian Bunting EKSA kepada Ketua Jabatan Teknologi Maklumat Pn. Atikah Binti Ab Rahman


Penyampaian Bunting EKSA oleh Tuan Pengarah, Tn.Hj. Fisal Bin Ramli kepada wakil Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan, Pn. Noraini Bin Shafee

TAKLIMAT PELANCARAN EKSA OLEH KOORDINATOR EKSA IKBN SERI ISKANDAR





Sesi taklimat pelaksanaan EKSA oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar En. Amir-Kharul Bin Daud mengenai pelaksanaan amalan EKSA kepada semua kakitangan dan pelajar semasa Majlis Pelancaran EKSA pada 16 Februari 2015

BUNTING AMALAN EKSA


Rabu, 18 Februari 2015

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA SIRI 1/2015

 
SERI ISKANDAR, 18 FEBRUARI 2014 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar ( IKBNSI ) telah membuat perubahan membudayakan perkhidmatan ke arah mengimplementasikan budaya Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) . Jesteru itu, satu program gotong-royong perdana telah telah diadakan pada 17 Februari 2015 merangkumi semua bahagian dan sektor. Program ini melibatkan seluruh warga IKBNSI sebagai penaraju kepada keadah paling efektif untuk memotivasikan pegawai dan pelajar serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran kerja dilaksanakan secara sistematik. Program gotong-royong perdana ini adalah merupakan satu langkah bagi mempraktikkan budaya EKSA untuk menzahirkan kecekapan dan keberkesanan IKBN Seri Iskandar ke arah identiti korporat dalam aspek pengurusan persekitaran kerja yang cemerlang, indah dan kondusif.
Satu majlis sesi taklimat telah diadakan dan pembahagian pelajar mengikut sektor . Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk persediaan menghadapi audit dalam dari Unit Audit EKSA yang akan diadakan pada bulan Februari 2015  dengan identiti baru mengikut syarat pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)di MAMPU



Pelajar sedang membersihkan tingkap bengkel di Jabatan Kejuruteraan Teknologi Elektronik Industri


Pelajar sedang membersihkan dan memberus lantai agar kelihatan bersih dan berkilat di Jabatan Teknologi Maklumat

 
Proses melebel pada fail mengikut standard yang telah ditetapkan olej Jawatankuasa Standard EKSA IKBN Seri Iskandar


Menggantung banner dan banting EKSA bagi mempergiatkan lagi aktiviti promosi

 
Celah-celah besi gerigi tidak ketinggalan dibersihkan juga di mana habuk mudah kelihatan


Proses melebel pada laci dan almari mengikut ruang kerja pegawai

 
Menggantung banner EKSA di Dewan Dato Maharajalela

LOGO EKSA




HARI PELANCARAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM ( EKSA )




SERI ISKANDAR, 17 FEBRUARI 2015 - Bagi memastikan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar sentiasa mengamalkan persekitaran Ekosisten Kondusif Sektor Awam(EKSA) dan mencapai ke arah pensijilan EKSA di bawah MAMPU, Jawatankuasa Induk EKSA telah mengadakan Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektir Awam (EKSA) pada 16 Februari 2015 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Tuan Pengarah, IKBN... Seri Iskandar diiringi En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan dan bersama Cik Malarwilly a/p Supramaniam, Ketua Unit Kewangan serta para pelajar dan pekerja syarikat pembersihan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah, IKBN Seri Iskandar sebagai mercu tanda pelaksanaan amalan EKSA di sini dan ke arah pencapaian pensijilan EKSA di bawah Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Selaian itu, penyampaian sijil Pengiktirafan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan ekoran daripada pelaksanaan Jawatankuasa Audit Dalaman EKSA yang lalu. Di antara ialah anugerah sektor terbaik jatuh kepada Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan, Bilik Terbaik jatuh kepada Bilik Tuan Pengarah, Ruang Kerja Terbaik jatuh kepada Cik Yeow Ying Ying, Bahagian Terbaik jatuh kepada Perpustakaan, Tandas Terbaik jatuh kepada Tandas Bahagian Pentadbiran, Sudut EKSA Terbaik jatuh kepada Sektor Blue Iris, Go-Green jatuh kepada Zon Hijau Asrama Tun Fatimah dan Perkhidmatan Kontraktor Terbaik jatuh kepada Syarikar Arwana Emas Sdn. Bhd.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Bunting EKSA kepada sektor-sektor iaitu Sektor Orchid, Sektor Lavender, Sektor Sunflower, Sektor Phal dan Sektor Blue Iris serta disusuli dengan tayangan montaj pelancaran. Penyerahan Bunting EKSA tersebut adalah sebagai amanat Tuan Pengarah ke arah pensijilan EKSA tercapai. Sesi taklimat Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan di mana Jawatankuasa Latihan menjemput penceramah dari Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah, Perak oleh Cik Multazimah Binti Rafie. Majlis tamat jam 12.00 tengahari