Khamis, 18 April 2013

GOTONG-ROYONG PERDANA AMALAN 5S 1/2013


SERI ISKANDAR, 18 APRIL 2013 -  Amalan 5S telah menjadi satu amalan setiap hari kepada semua warga IKBN Seri Iskandar dalam melahirkan sebuah institusi yang cemerlang, indah dan kondusif. Bagi mengekalkan IKBN Seri Iskandar sebuah organisasi yang terbaik, jabatan telah mengadakan hari gotong-royong perdana 1/2013 pada 17 April 2013 jam 2.00 - 05.00 petang bertempat di ruang legar bahagian pentadbiran dan kewangan. En. Jamaluddin Bin Tahrim dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah membahagikan semua pelajar mengikut setiap zon.

          Tepat jam 2.30 petang semua pelajar bergerak mengikut semua unit, cawangan, bahagian dan jabatan dan pelajar bersemangat membuat kerja-kerja yang diarahkan oleh ketua unit. Gotong-royong ini tidak hanya kepada pelajar sahaja malah semua kakitangan dan pembersihan terlibat sekali dalam gotong-royong ini. Majlis gotong-royong tamat pada jam 05.00 petang.


Pelajar sedang mengecat palung bunga laluan ke kolam ikan


Pelajar sedang membersihkan di dalam bilik Cawangan Kualiti  


Pembersihan di surau lelaki dan wanita


Walaupun cuaca panas pelajar bersemangat membersihkan arca 5S yang menjadi mercu tanda institut


Pelajar sedang menyenaraikan buku-buku yang baru terima dalam buku log pendaftaran di Perpustakaan


Pelajar sedang membersihkan tingkap di pejabat Hal Ehwal Pelajar


Pelajar membantu membersihkan ruang tempat kerja pegawai




Pelajar membantu pengajar mengemaskini projek inovasi di Bahagian Kejuruteraan Elektronik  


Pelajar sedang mengumpul sampah sarap di Jabatan Pengajian Umum


Pelajar sedang membersihkan pagar di tingkat atas Bangunan Teknologi Maklumat

Rabu, 17 April 2013