Rabu, 21 Oktober 2015

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA PADA 21 OKTOBER 2015

 
SERI ISKANDAR,  22 OKTOBER 2015 - Program Gotong Royong Perdana sempena Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA) telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 21 Oktober 2015 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini dikoordinasikan oleh Jawatankuasa Induk EKSA. Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En.Amir-Kharul Bin Daud yang merupakan Koordinator EKSA kepada semua pelajar dan kakitangan.
       Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengekalkan keceriaan dan kondusif serta sentiasa amal sepertimana dalam amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Selain itu juga ianya untuk persediaan awal bagi pengauditan EKSA dari MAMPU yang dijangka pada 22-23 Oktober 2015. Aktiviti gotong-royong kali ini memberi lebih tumpuan kepada keseluruhan sektor dan persekitaran IKBN Seri Iskandar bagi kerja-kerja mengecat semula pagar dan pasu bunga. Aktiviti gotong-royong di setiap sektor turut juga dilaksanakan agar sentiasa bersih dan ceria. Pekerja Syarikat Pembersihan dan Keselamatan turut sama berganding bahu dalam menjayakan program ini.
        Secara keseluruhannya program ini bukan sahaja telah mengeratkan hubungan antara semua lapisan malah ianya telah memberi impak yang amat sinonim dengan peribahasa sepakat membawa berkat. Jelas kelihatan semangat kesukarelawan tercetus berdasarkan kerjasama yang diberi dari wajah kegembiraan di kalangan Warga IKBN Seri Iskandar


 
Memastikan Surau di Bahagian Pentadbiran bersih dan kondusif

 
Pelajar dan kakitangan bersama-sama menjayakan program gotong-royong EKSA

 
Pelajar sedang membersih dan membuang sawang di Bilik Server

 
Pn. Azizah Bt Hussain sedang melekatkan pelan lampu di Bilik Mesyuarat

 
Pelajar membuang habuk dan sawang

 
Pelajar sedang membersihkan almari

 
Pelajar sedang menyusun semula kompenan elektronik di stor

 
Memasang semula bingkai lampu siling setelah dibersihkan

 
Pelajar sedang menyapu di Makmal Rangkaian

 
Pelajar sedang menyedut habuk pada lubang soket
 
 
 
Pelajar mengemas dan mengikat semula kabel komputer di Makmal Rangkaian

Isnin, 19 Oktober 2015

Khamis, 15 Oktober 2015

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA


SERI ISKANDAR,  13 OKTOBER 2015 - Program Gotong Royong Perdana sempena Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA) telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 13 Oktober 2015 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini dikoordinasikan oleh Jawatankuasa Induk EKSA. Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En.Amir-Kharul Bin Daud yang merupakan Koordinator EKSA kepada semua pelajar dan kakitangan.

       Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengekalkan keceriaan dan kondusif serta sentiasa amal sepertimana dalam amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Selain itu juga ianya untuk persediaan awal bagi pengauditan EKSA dari MAMPU yang dijangka pada 22-23 Oktober 2015. Aktiviti gotong-royong kali ini memberi lebih tumpuan kepada keseluruhan sektor dan persekitaran IKBN Seri Iskandar bagi kerja-kerja mengecat semula pagar dan pasu bunga. Aktiviti gotong-royong di setiap sektor turut juga dilaksanakan agar sentiasa bersih dan ceria. Pekerja Syarikat Pembersihan dan Keselamatan turut sama berganding bahu dalam menjayakan program ini.

        Secara keseluruhannya program ini bukan sahaja telah mengeratkan hubungan antara semua lapisan malah ianya telah memberi impak yang amat sinonim dengan peribahasa sepakat membawa berkat. Jelas kelihatan semangat kesukarelawan tercetus berdasarkan kerjasama yang diberi dari wajah kegembiraan di kalangan Warga IKBN Seri Iskandar


Pelajar sedang membasuh jaring lampu di Makmal Elektronik 


Memasang Banner Utamakan Keselamatan di setiap Makmal 


Pelajar membantu melekatkan stiker laluan kecemasan di setiap laluan dikenalpasti


Membuang sawang dan habuk pada jaring lampu


Membersihkan cermin dan getah hos reel di setiap lobi makmal


Membuang sawang dan habuk 



Mengemas dan menyusun peralatan di stor penyimpanan Jabatan Teknologi Maklumat


Pelajar membantu mengemaskini dan merekabentuk sudut di sektor 4


Penyusunan semula di makmal multimedia agar kelihatan kondusif


Menyusun semula kerusi di stor 


Membuang sampah dan kotak yang tidak digunakan 


Pengajar dan pelajar bersama-sama mengemas dan membersihkan pejabat pengajar elektrik


Membuang sawang di Makmal Wireless


Membersihakn dan mengemas di Makmal Rangkaian


Menyedut sampah di Makmal Pengaturcaraan 


Mencuci meja pembelajaran agar sentiasa bersih


Menggantung Banner EKSA di Lobi Pentadbiran 


Memasang semula jaring yang telah dibersitemhkan di tempat asal


Pelajar membuang papan tanda yang telah rosak 


Penyusunan semula pendawaian komputer 


Pelajar sedang mengukur banner sebelum memasang

Rabu, 7 Oktober 2015

LAWATAN PRA AUDIT EKSA DARI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYASIA LUMUT, PERAK


SERI ISKANDAR, 2 OKTOBER 2015 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan Pra Audit Ekosistem Kondusif sector Awam (EKSA) pada 1 Oktober 2015 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat. Pegawai Audit dari Jabatan Kastam Di Raja Malaysia, Lumut seramai 2 orang dan satu mesyuarat pembukaan pra audit telah diadakan di mana Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah, IKBN Seri Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan dan En. Vijayan Kumar a/l Nandarajan, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Ahli jawatankuasa Induk. 

       Sesi taklimat mengenai latar belakang pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah disampaikan oleh En. Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor, Jawatankuasa Latihan dan disusuli taklimat pelaksanaan pra audit oleh juruaudit. Pemeriksaan Pra Audit ini merangkumi dokumentasi setiap jawatankuasa dan pemeriksaan setiap sektor dan pejabat. Pemeriksaan ini akan mengambil masa selama 1 hari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Di akhir program, sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran bersama Pengarah IKBN Seri Iskandar dan Jawatankuasa Induk EKSA.

        

Sesi Taklimat Pra Audit di Bilik Mesyuarat Utama yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar


Pegawai Audit Dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia Lumut, Perak


Pemeriksaan dokumentasi dan pembentangan program EKSA oleh Cik Usah a/p Parmasavan kepada auditor



Pemeriksaan pelan lampu di bilik mesyuarat utama



Pn. Azizah Bt Hussain selaku PIC di Bilik Mesyuarat memberi penerangan kepada auditor


Pemeriksaan di Sudut Induk EKSA


Teguran dan pemeriksaan spesifikasi di Sudut EKSA


Pemeriksaa di Pejabat Pentadbiran Dan Kewangan



 Teguran susunan lampu di pelan tidak sama 


Pemeriksaan di Bilik Pemandu


Pemeriksaan di Bilik Mesin Fotostat


Lawatan di Bilik Fail utama


Pengujian terpantas dalam mengambil fail mengikut kehendak audit


Teguran pada laci yang tidak mengikut kehendak audit di ruang kerja pegawai


Pemeriksaan pada setiap laci meja pegawai


Pemeriksaan di Pejabat Kewangan


Pemeriksaan ruang Sudut EKSA di Sektor 1


Teguran carta perbatuan yang tidak dikemaskini di Sektor 1


Ruang sudut Go Green di lobi Bahagian Pentadbiran


Pemeriksaan di Pejabat En. Amir-Kharul Bin daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan


Pemeriksaan di Pejabat En. Vijayan Kumar a/l Nandarajan, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar


Pemeriksaan di Stor Pusat Utama


Penyusunan Bekalan Pejabat Di Dalam Almari Mengikut Spesifikasi EKSA 


Pemeriksaan di lobi Asrama Tun Fatimah


Pn. Siti Rodiah Bt Hamid menunjukkan Carta Pegawai Bertugas 


Pemeriksaan Alat Pemadam Api dalam keadaan baik dan tidak tamat tempoh penggunaan


Pemeriksaan di Makmal Multimedia di Jabatan Teknologi Maklumat


Perlu menambah baik dan berimejkan korporat


Ruang Pejabat di Makmal Video 


En. Kamarul Rizal Bin Badaruddin menunjukkan pelan lokasi pejabat di Jabatan Teknologi Maklumat


Pemeriksaan pada papan kenyataan di Jabatan Teknologi Maklumat agar info terkini


Sudut Go-Green di pejabat Ketua Bahagian Rangkaian


Pemeriksaan Sudut EKSA di Pejabat Jabatan Pengajian Umum


Perlu mengemaskini info yang terkini 


Pemeriksaan pelan lampu di Jabatan Pengajian Umum


Pemeriksaan pelan lampu mengikut paparan 


Pemeriksaan tandas lelaki di Bahagian Pentadbiran


Pemeriksaan di Perpustakaan 


Sesi gambar bersama Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar


Penyerahan cenderahati oleh Tuan Pengerah, IKBN Seri Iskandar kepada juruaudit