Rabu, 21 Oktober 2015

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA PADA 21 OKTOBER 2015

 
SERI ISKANDAR,  22 OKTOBER 2015 - Program Gotong Royong Perdana sempena Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA) telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 21 Oktober 2015 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini dikoordinasikan oleh Jawatankuasa Induk EKSA. Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En.Amir-Kharul Bin Daud yang merupakan Koordinator EKSA kepada semua pelajar dan kakitangan.
       Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengekalkan keceriaan dan kondusif serta sentiasa amal sepertimana dalam amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Selain itu juga ianya untuk persediaan awal bagi pengauditan EKSA dari MAMPU yang dijangka pada 22-23 Oktober 2015. Aktiviti gotong-royong kali ini memberi lebih tumpuan kepada keseluruhan sektor dan persekitaran IKBN Seri Iskandar bagi kerja-kerja mengecat semula pagar dan pasu bunga. Aktiviti gotong-royong di setiap sektor turut juga dilaksanakan agar sentiasa bersih dan ceria. Pekerja Syarikat Pembersihan dan Keselamatan turut sama berganding bahu dalam menjayakan program ini.
        Secara keseluruhannya program ini bukan sahaja telah mengeratkan hubungan antara semua lapisan malah ianya telah memberi impak yang amat sinonim dengan peribahasa sepakat membawa berkat. Jelas kelihatan semangat kesukarelawan tercetus berdasarkan kerjasama yang diberi dari wajah kegembiraan di kalangan Warga IKBN Seri Iskandar


 
Memastikan Surau di Bahagian Pentadbiran bersih dan kondusif

 
Pelajar dan kakitangan bersama-sama menjayakan program gotong-royong EKSA

 
Pelajar sedang membersih dan membuang sawang di Bilik Server

 
Pn. Azizah Bt Hussain sedang melekatkan pelan lampu di Bilik Mesyuarat

 
Pelajar membuang habuk dan sawang

 
Pelajar sedang membersihkan almari

 
Pelajar sedang menyusun semula kompenan elektronik di stor

 
Memasang semula bingkai lampu siling setelah dibersihkan

 
Pelajar sedang menyapu di Makmal Rangkaian

 
Pelajar sedang menyedut habuk pada lubang soket
 
 
 
Pelajar mengemas dan mengikat semula kabel komputer di Makmal Rangkaian