Selasa, 22 Mei 2012

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S OLEH KOLEJ PROFESIONAL MARA, SERI ISKANDAR


23.5.2012 - Kolej Profesional Mara, Seri Iskandar telah mengadakan lawatan rasmi penandaarasan amalan 5S ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 22.5.2012 jam 09.00 pagi di Bilik Pnuematik seramai 40 orang pegawai dan kakitangan. Sesi taklimat telah diadakan di mana taklimat ini telah disampaikan oleh Pn. Nur Ishah Bt. Ishak selaku Ahli Jawatankuasa Latihan. Taklimat ini merangkumi sejarah pelaksanaan amalan 5S dan dokumentasi serta sesi lawatan ke bahagian, cawangan, unit dan bengkel bagi melihat sendiri pelaksanaan 5S dijalankan. Tuan Pengarah, En.Muzkhairil Bin Muhamad turut hadir yang diiringi oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Hal-Ehwal Pelajar, En. Mohd Adzlee @ Lee serta ahli jawatankuasa 5S. Majlis tamat pada jam 12.30 tengahari dengan sesi bergambar.


Para tetamu di bawa ke Bilik Pnuematik bagi mendengar sesi takimat pelaksanaan amalan 5S.


Pn. Nor Hafizah Bt. Mohd Isa sedang memberi kata-kata aluan kepada para tetamu yang hadir.


Tuan Pengarah, En.Muzkhairil Bin Muhamad memberi ucapan kepada para tetamu mengenai pelaksanaan amalan 5S. 


Para tetamu di bawa ke sudut 5S di Sekolah Pengajian Umum yang merupakan sektor 5.


Pn. Nur Ishah Bt. Ishak sedang memberi taklimat mengenai lebel pada peralatan aset kerajaan.


En. Amir-Kharul Bin Daud sedang memberi taklimat mengenai penandaan dan pelebelan pada peralatan di bengkel.

En. Amir-Kharul Bin Daud sedang memberi taklimat mengenai pelaksanaan amalan 5S dan sudut amalan 5S.

Rabu, 16 Mei 2012

PROGRAM GOTONG-ROYONG 5S


17.5.2012 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan gotong-royong amalan 5S pada 16.5.2012 jam 2.00 petang di setiap sektor. Sebelum itu, semua kakitangan dan pelajar berkumpul di hadapan pejabat bagi urusan pembahagian pelajar mengikut sektor. Turut hadir di perhimpunan ini, Tuan Pengarah, En. Muzkhairil Bin Muhamad bersama pegawai yang lain bagi memantau perjalanan program gotong-royong ini. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah rutin perjalanan di mana setiap hari rabu merupakan Hari 5S. Gotong-royong ini merangkumi di setiap bahagian, cawangan, unit dan sektor.


Ketua Sektor sedang menguruskan pembahagian pelajar mengikut sektor.


Pelajar sedang melakukan pembersihan dan ubahsuai pejabat yang dipantau oleh staff.


Sesi taklimat kepada semua pelajar sebelum aktiviti gotong-rotong dijalankan oleh pengajar.


Pelajar bertungkus-lumus membersihkan dan memindahkan peralatan pejabat yang dibantu oleh staff.