Jumaat, 17 Januari 2020

IKBN SERI ISKANDAR DIANUGERAHKAN PENSIJILAN EKSA KALI KEDUA OLEH MAMPU

 


SERI ISKANDAR, 17 JANUARI 2020 -  Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah membuat perubahan membudayakan ke arah mengimplementasikan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) sebagai penaraju kepada kaedah paling efektif untuk memotivasikan pegawai dan pelajar serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran kerja dilaksanakan secara sistematik. Program ini melibatkan seluruh warga IKBN Seri Iskandar bagi menzahirkan kecekapan dan keberkesanan IKBN Seri Iskandar ke arah identiti korporat dalam aspek pengurusan persekitaran kerja yang cemerlang, indah dan kondusif.

         Bagi mencapai matlamat ini, IKBN Seri Iskandar telah memanggil pihak Unit Pemodenan Tadbiran Dan perancangan Pengurusan Malaysia ( MAMPU ) membuat audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) mengikut kriateria MAMPU pada 6 Disember 2020 bagi tujuan pensijilan semula buat kali kedua.

       Dengan semangat kerjasama seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengimplementasikan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) akhirnya IKBN Seri Iskandar telah Berjaya memperolehi pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) oleh pihak MAMPU bagi tempoh 2 tahun mulai 15 Disember 2019 hingga 14 Disember 2021.

Sijil Penganugerahan EKSA ini telah disampaikan oleh Tn. Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar kepada En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Bulan Januari 2020 pada 17 Januari 2020.