Rabu, 18 Disember 2013

HARI AMALAN 5S DISEMBER 2013


LAWATAN AUDIT MPC BAGI PENSIJILAN SEMULA AMALAN 5S


Ketibaan JuruAudit Malaysia Productivity Corporation (MPC) Pejabat Wilayah Utara
 SERI ISKANDAR,15 NOVEMBER 2013 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar ( IKBNSI ) telah menjalani sesi pengauditan semula Amalan Persekitaran Berkualiti ( QE/5S ) bagi tahun 2013. Sesi pengauditan semula ini telah dilaksanakan oleh Pn. Jue Azwa, juruaudit dari pada Malaysia Productivity Corporation ( MPC ) Pejabat Wilayah Utara pada hari khamis bersamaan 14 November 2013 jam 09.00 pagi di Bilik Mesyuarat, IKBN Seri Iskandar. Program audit ini telah dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan Audit yang dipengerusikan oleh Tn. Hj, Fisal Bin Ramli , Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap koordinator Amalan 5S serta turut dihadiri oleh barisan Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Pelaksana, fasilitator dan ketua setiap zon. Pada mesyuarat tersebut juga, satu taklimat mengenai pelaksanaan amalan 5S IKBNSI telah disampaikan oleh Pn. Nur Ishah Bt. Ishak selaku Jawatankuasa Latihan 5S.
   Sesi pengauditan semula ini diteruskan dengan aktiviti menyemak dokumen-dokumen Jawatankuasa Induk 5S dan Jawatankuasa Pelaksana 5S ( Latihan, Promosi, Audit Dalam dan Seranta ). Selesai sahaja proses semakan dokumen, juruaudit diiringi oleh En. Amir-Kharul Bin Daud bersama Jawatankuasa Pelaksana 5S mengadakan lawatan untuk menyemak pelaksanaan 5S di setiap zon bermula dengan Zon 1 hingga zon 5. Setelah selesai sesi pengauditan, juruaudit telah memamklumkan rumusan serta hasil penemuan audit tersebut. Namun begitu, terdapat beberapa penemuan turut dimaklumkan untuk melaksanakan penambahbaikan. 
          Sekalung tahniah dan ucapan penghargaan kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang pelaksanaan amalan 5S. Semoga usaha yang murni ini dapat diteruskan bagi mengekalkan kecemerlangan pada masa akan datang. 

 
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn.Haji Fisal Bin Ramli

Pn.Jue Azwa memerhati sudut  dokumen perlaksanaan aktiviti 5S
.Lawatan pihak  JuruAudit  MPC di Bahagian Pentadbiran
Pn.Jue Azwa memberi penerangan kepada Pn Siti Suhaila
Cenderahati telah disampaikan oleh Tuan Pengarah IKBNSI kepada JuruAudit MPC

Jumaat, 8 November 2013

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA AMALAN 5S KALI 3/2013 PADA 7 NOVEMBER 2013



SERI ISKANDAR, 8 NOVEMBER 2013 - Amalan Persekitaran Berkualiti Amalan 5S telah membentuk disiplin warga Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar ( IKBNSI ) dengan mengutamakan kebersihan, kecekapan, kemesraan, ketepatan, penyeragaman dan keselamatan di samping meningkatkan kualiti dalam sistem penyampaian perkhidmatan. Bagi mencapai objektif dan matlamat organisasi yang dapat menjana pemikiran kreatif dan inovatif maka tanggal 7 November 2013, IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Program Gotong-Royong Perdana Amalan 5S kali Ke 3/2013 jam 08.00 pagi bertempat di Padang Kawad. Sebelum aktiviti gotong-royong bermula, urusetia program telah mengadakan sesi taklimat kepada seluruh warga IKBNSI oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud merangkap koordinator amalan 5S. Dalam amanat beliau berharap semua kakitangan dan pelajar melakukan dengan semangat keriangan dan tekun membersihkan setiap setiap zon.
               Para pelajar telah diasingkan mengikut setiap zon dan ketua jabatan / pengajar memberi taklimat kepada pelajar berkenaan sebelum aktiviti dijalankan. Program ini melibatkan seluruh warga IKBN Seri Iskandar sebagai penaraju kepada kaedah paling efektif memotivasikan pegawai dan pelajar serta meningkatkan produktivti dalam sesebuah persekitaran kerja dilaksanakan secara sistematik. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk persediaan menghadapi audit dari pihak MPC pada 14 November 2013 bagi memperbaharui sijil amalan 5S kali ketiga dan program tamat pada jam 05.00 petang.



En. Amir-Kharul Bin Daud sedang menyampaikan taklimat kepada semua kakitangan dan pelajar mengenai objektif program


Sebahagian pelajar ditugaskan membersihkan kawasan di ruang lobi petadbiran

 

Pn. Azizah Bt Hussain bersama pelajar memasang cadar dan hiasa di bilik mesyuarat utama


Pelajar tekun membersihkan laluan ke kolam


Pelajar mengangkat siling terpakai bagi menggantikan siling makmal yang rosak


Pelajar sedang mengecat semula set kerusi rotan yang lusuh


Pelajar Jurusan Rangkaian sedang mengemas dan membersihkan bilik kuliah rangkaian


Pelajar tekun membersihkan dan menanggalkan kesan gam di lantai pejabat


Pelajar bersungguh-sungguh membersihkan dan lap tingkap bilik kuliah sendiri
  

Pengarah IKBN Seri Iskandar Tn. Hj. Fisal Bin Ramli membuat pemantauan setiap zon supaya objektif program tercapai. 

Selasa, 15 Oktober 2013

Selasa, 8 Oktober 2013

KONVESYEN PESEKITARAN BERKUALITI AMALAN 5S ( QET ) PERINGKAT KEBANGSAAN DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY, PAHANG


BUKIT GAMBANG, PAHANG, 7 OKTOBER 2013 -  Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar sekali lagi maju setapak dengan menyertai Konvesyen Persekitaran Berkualiti Amalan 5S ( QE ) Peringkat Kebangsaan pada 1-3 Oktober 2013 di Bukit Gambang Resort, Pahang dalam membudayakan persekitaran amalan 5S. Kumpulan QET dari IKBN Seri Iskandar iaitu "KIASU" yang membawa maksud takut kalah telah berjaya memperolehi tiga ( 3 ) bintang sekaligus dianugerahkan Emas dalam pertandingan tersebut. Di Konvesyen ini, pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah turut serta dalam pertandingan ini yang merangkumi pelbagai acara dipertandingkan. Setiap kumpulan akan mempersembahkan pelaksanaan amalan 5S jabatan / syarikat di hadapan para juri dan penonton mengikut cara masing-masing. Kumpulan "KIASU" terdiri daripada 12 orang ahli telah bertungkus-lumus membuat persediaan dari segi mental dan fizikal dan akhirnya pengorbanan ini telah membuahkan hasil dengan berjayanya membawa pulang Emas dipertandingan tersebut.
        Turut berkongsi kegembiraan dan kebanggaan kejayaan ini , Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar, Tn. Hj. Fisal Bin Ramli telah hadir bersama-sama di konvesyen tersebut. Dalam pertandingan ini, kumpulan KIASU IKBN Seri Iskandar bersaing dengan agensi-agensi lain termasuk IKBN Alor Gajah dan Pagoh serta syarikat swasta yang telah menempah nama dalam pertandingan ini. Persembahan setiap kumpulan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kumpulan "KIASU" IKBN Seri Iskandar dan akhirnya kami berjaya juga menharungi cabaran ini . Kejayaan ini adalah hasil seluruh warga IKBN Seri Iskandar dalam memimplemtasikan pelaksanaan amalan 5S dan prestasi ini akan dikekalkan serta dipertingkatkan dari semasa ke semasa. 

      
Kumpulan KIASU IKBN Seri Iskandar bersiap sedia menunggu giliran persembahan kepada panel juri


Kumpulan KIASU IKBN Seri Iskandar menunggu saat untuk persembahan


En. Mohd Zul bersiap sedia dengan slide persembahan  


En. Balamurugan memberikan persembahan dengan penuh keyakinan dan mantap kepada semua hadirin dan panel juri


Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar Tn. Hj. Fisal Bin Ramli bersama-sama meraikan kejayaan kumpulan KIASU setelah dianugerahkan emas  


Kumpulan KIASU IKBN Seri Iskandar mengambil gambar bersama sijil di ruang lobi konvensyen 

Khamis, 19 September 2013

Rabu, 11 September 2013

KUMPULAN QET AMALAN 5S IKBNSI KE PERINGKAT KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2013





BATU GAJAH, 10 SEPTEMBER 2013 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar ( IKBN SI ) telah berjaya melangkah setapak lagi kerana berjaya menyertai Konvensyen Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Peringkat Kebangsaan pada  awal bulan Oktober 2013 di Gambang, Pahang. Sehubungan itu, kumpulan QET IKBN Seri Iskandar mengambil langkah persediaan dengan mengadakan bengkel bagi proses mengemaskini maklumat dan data-data dokumentasi. Bengkel ini telah diadakan di Akedami Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah, Perak seramai 12 orang ahli hadir selama 4 hari mulai 10 - 13 September 2013.   




Rabu, 12 Jun 2013

Khamis, 6 Jun 2013

KONVENSYEN " TEAM EXCELLENCE " 5S PERINGKAT WILAYAH UTARA 2013



PULAU PINANG, 6 JUN 2013 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar sekali lagi melangkah maju setapak kehadapan dengan menyertai Pertandingan Konvesyen " Team Excellence " Wilayah Utara 2013 pada 4-5 Jun 2013 di Hotel Equatorial Pulau Pinang dalam membudayakan amalan 5S. Kumpulan dari IKBN Seri Iskandar yang diberi nama "KIASU" dalam bahasa jepun tidak takut kalah telah berjaya menangi pertandingan ini dan dianugerahkan emas di mana layak ke pertandingan peringkat kebangsaan yang dijangkakan akan diadakan pada bulan oktober 2013 di Kuantan, Pahang.

Kumpulan "KIASU" ini adalah terdiri daripada semua peringkat yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud, Pn. Nor Dalilah Binti Yusoff, Pn. Atikah Binti Abd. Rahman, Cik Usah a/p Parmasavan, Cik Gayathiri a/p Jaya Krishnan, En. Mohd Zul Bin Badru, Cik Salinatun Fazua Binti Mohd Saleh, Pn. Syakila Binti Zainal, Pn. Siti Rodiah Binti Hamid dan Pn. Azizah Binti Hussain. Dalam konvesyen ini terbahagi kepada dua ( 2 ) kategori iaitu Inovatid dan Kreatif dan Amalan Persekitaran 5S. Di konvesyen ini sebanyak 49 kumpulan telah menyertai pertandingan ini yang melibatkan pelbagai agensi swasta dan kerajaan. Ini merupakan kali pertama kumpulan ini menyertai konvesyen dan berjaya melayakkan ke peringkat kebangsaan. Kejayaan ini telah memberi kebanggaan dan telah menaikkan nama jabatan khususnya Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia.











Isnin, 27 Mei 2013

KUMPULAN KIASU 5S IKBN SERI ISKANDAR KE KONVESYEN QET 5S WILAYAH UTARA


SERI ISKANDAR, 27 MEI 2013 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar melangkah maju setapak lagi dengan berani menyertai Konvesyen Persekitaran Berkualiti 5S ( QET ) peringkat Wilayah Utara pada 4-5 Jun 2013. IKBN Seri Iskandar telah berjaya menubuhkan satu ( 1 ) pasukan yang mantap di antara kalangan pegawai dan kakitangan. Kumpulan ini telah diberi nama kumpulan iaitu KIASU yang bermaksud takut kalah. Perkataan KIASU ini adalah bahasa jepun dan pemilihan nama KIASU adalah daripada faktor padangan dan fikiran setiap ahli yang bersemangat tinggi dan takut kalah. 

              Bila setiap ahli kumpulan menanamkan semangat juang yang tinggi dan takut kalah maka kumpulan ini bertungkus lumus menyiapkan segala persediaan termasuk dokumentasi, klip video dan persembahan. Penyertaan ini telah mendapat sokongan yang amat tinggi dari Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar Tn. Hj. Fisal Bin Ramli dan harapan beliau kumpulan KIASU ini mendapat kejayaan yang cemerlang dan seterusnya mara ke peringkat kebangsaan.


Semua ahli kumpulan KIASU membuat tugasan masing-masing yang telah diamanahkan


Sesi perbincangan dari setiap ahli kumpulan


Persembahan ahli kumpulan KIASU dalam bentuk pergerakan badan


Cik Usah sebagai konduktor persembahan memberikan arahan kepada ahli kumpulan menggunakan isyarat tangan


   

Jumaat, 24 Mei 2013

TAKLIMAT AMALAN 5S KEPADA WARGA BARU IKBNSI


SERI ISKANDAR, 23 MEI 2013Jawatankuasa latihan telah mengadakan taklimat pelaksanaan amalan 5S kepada warga baru IKBN Seri Iskandar pada 23 Mei 2013 jam 2.30 petang di Bilik Pnuematik. Sesi taklimat ini melibat kakitangan baru termasuk kontrak, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan. Tujuan utama taklimat amalan 5S ini adalah memberi pendedahan dan tanggungjawab setiap warga IKBN Seri Iskandar dalam melaksanakan amalan 5S sejajar dengan matlamat organisasi. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pn. Syakila Binti Zainal Ahli Jawatankuasa Latihan dan majlis ini berakhir jam 4.30 petang.


Peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan


Pn. Syakila Binti Zainal menunjukan pencapaian IKBN Seri Iskandar kepada para peserta

Rabu, 22 Mei 2013

Khamis, 16 Mei 2013

MESYUARAT PELAKSANA AMALAN 5S


SERI ISKANDAR, 17 MEI 2013 - Dalam memantapkan lagi amalan 5S organisasi pihak Jawatankuasa Induk telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa pelaksana pada 16 Mei 2013 pada jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat. Semua ketua unit dan jawatankuasa termasuk wakil MPP, Syarikat Pembersihan dan Kafeteria hadir dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Koordinator amalan 5S iaitu En. Amir-Kharul Bin Daud dan setiap ketua jawatankuasa membentangkan laporan. Pelbagai isu telah dibentangkan dan tindakan akan diambil segera agar matlamat dan pembaharuan pensijilan amalan 5S bagi tahun 2013 akan tercapai.

Semua ahli mesyuarat sedang mendengar sesi taklimat yang disampaikan oleh pengerusi


En. Amir-Kharul Bin Daud sedang membentangkan isu terkini kepada semua ahli mesyuarat

Khamis, 2 Mei 2013

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S KE ILP PEDAS, NEGERI SEMBILAN



SERI ISKANDAR, 2  Mei 2013 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan lawatan penandaarasan amalan 5S ke Institut Latihan Perindustrian Pedas, Negeri Sembilan pada 30 April 2013 bagi tujuan perkongsian ilmu dan pandangan dalam pelaksanaan amalan 5S serta pra persediaan dalam penyertaan Konvesyen QET 5S pada bulan Jun 2013 di P.Pinang. Rombongan ini telah disertai seramai 30 orang pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh Koordinator amalan 5S iaitu En. Amir-Kharul Bin Daud. Sebelum sesi lawatan dimulakan pihak urusetia telah mengadakan sesi taklimat di bilik kuliah dan para tetamu khusyuk mendengar taklimat disampaikan.

           Selesai sesi taklimat, kami telah dibawa melawat kawasan sekitar institut terutama di kawasan pejabat pentadbiran dan bengkel. Di akhir sesi taklimat, penyampaian cenderamata dari pihak IKBN Seri Iskandar kepada ILP Pedas yang disampaikan oleh Koordinator 5S iaitu En. Amir-Kharul Bin Daud sebagai tanda penghargaan menerima kunjungan pihak IKBN Seri Iskandar dan sesi bergambar telah diadakan di ruang pejabat bersama Pengarah, ILP Pedas. Majlis tamat pada jam 05.00 petang.


Koordinator amalan 5S IKBN Seri Iskandar En. Amir-Kharul Bin Daud menyampaikan cenderamata kepada wakil pihak ILP Pedas, Negeri Sembilan.


Bacaan doa diadakan sebagai tanda kesyukuran kedatangan pihak IKBN Seri Iskandar


En. Amir-Kharul Bin Daud menyampaikan ucapannya di sesi taklimat yang telah sediakan oleh pihak urusetia


Sesi taklimat dalam pengurusan fail di pejabat pentadbiran


Teknik pencarian fail dengan mudah dan cepat


Suasana di pejabat pentadbiran dalam suasana amalan 5S


Suasana di bengkel yang tersusun dan kemas


Suasana pembelajaran sedang berjalan yang melaksanakan amalan 5S


Berkesempatan mengambil gambar hasil inovasi yang telah dihasilkan oleh pihak institut


Sesi bergambar bersama pengarah, ILP Pedas


Susuana peralatan pembersihan di dalam bengkel


Susunan mesin dan peralatan yang tersusun rapi