Selasa, 31 Mac 2015

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA SIRI 2/2015


SERI ISKANDAR, 31 MAC 2015 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar ( IKBNSI ) telah membuat perubahan membudayakan perkhidmatan ke arah mengimplementasikan budaya Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) . Jesteru itu, satu program gotong-royong perdana telah telah diadakan pada 30 MAC 2015 merangkumi semua bahagian dan sektor. Program ini melibatkan seluruh warga IKBNSI sebagai penaraju kepada keadah paling efektif untuk memotivasikan pegawai dan pelajar serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran kerja dilaksanakan secara sistematik. Program gotong-royong perdana ini adalah merupakan satu langkah bagi mempraktikkan budaya EKSA untuk menzahirkan kecekapan dan keberkesanan IKBN Seri Iskandar ke arah identiti korporat dalam aspek pengurusan persekitaran kerja yang cemerlang, indah dan kondusif.
Satu majlis sesi taklimat telah diadakan dan pembahagian pelajar mengikut sektor. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk persediaan menghadapi audit dalam dari Unit Audit EKSA yang akan diadakan pada bulan Februari 2015  dengan identiti baru mengikut syarat pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)di MAMPU.
 
Aktiviti gotong-royong merangkumi setiap sudut dan stor


Proses melebel dan mengemaskini sudut setiap sector


Proses liminit pegawai yang bertanggungjawab setiap lokasi mengikut standard yang telah ditetapkan


En. Kishore Kumar A/L Ayyawoo sedang melebel fail


Pelajar turut membantu melebel dan menampal info terkini di Bahagian Pentadbiran
 

Ahad, 29 Mac 2015

PELANCARAN KEMPEN GO GREEN IKBN SERI ISKANDAR

 
SERI ISKANDAR, 29 MAC 2015 - Ketua Pengarah, Tn. Hj. Fisal Bin Ramli bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud selaku Koordinator EKSA telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pelancaran Go-Green IKBN Seri Iskandar pada 27 Mac 2015 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela.
 
Objektif kempen Go-Green ini adalah untuk bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan ke arah pelaksanaan  kempen Go-Green di dalam organisasi kerajaan. Selain itu, ia juga bagi mewujudkan persekitaran kerja yang cemerlang, indah dan kondusif sekaligus membantu dalam menaikkan imej yang baik kepada organisasi luar.

Isnin, 16 Mac 2015