Khamis, 23 April 2015

GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPANA AMALAN EKSA SIRI 3/2015





SERI ISKANDAR, 22 APRIL 2015 - Program Gotong Royong Perdana sempena Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA) telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 21 April 2015 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini dikoordinasikan oleh Jawatankuasa Induk EKSA. Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En.Amir-Kharul Bin Daud yang merupakan Koordinator EKSA kepada semua pelajar dan kakitangan. 

Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengekalkan keceriaan dan kondusif serta sentiasa amal sepertimana dalam amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Selain itu juga ianya untuk persediaan awal bagi pengauditan EKSA dari MAMPU pada bulan Mei 2015. Aktiviti gotong-royong kali ini memberi lebih tumpuan kepada Asrama Lelaki dan Bangunan Jabatan Teknologi Maklumat bagi kerja-kerja mengecat semula dinding dan ruang lobi. Aktiviti gotong-royong di setiap sektor turut juga dilaksanakan agar sentiasa bersih dan ceria. Pekerja Syarikat Pembersihan dan Keselamatan turut sama berganding bahu dalam menjayakan program ini. 

Secara keseluruhannya program ini bukan sahaja telah mengeratkan hubungan antara semua lapisan malah ianya telah memberi impak yang amat sinonim dengan peribahasa sepakat membawa berkat. Jelas kelihatan semangat kesukarelawan tercetus berdasarkan kerjasama yang diberi dari wajah kegembiraan di kalangan Warga IKBN Seri Iskandar.



Unit Stor Utama Bahagian Pentadbiran


Di Makmal Elektronik Industri 


Pelajar sedang mengalihkan peralatan elektrik 


Pelajar sedang mengecat tangga di Jabatan Kejuruteraan Teknologi Elektronik


Pelajar sedang memasang semula kompenan komputer 


Pembersihan di Bengkel Wiring Elektrik 


Pelajar sedang membaiki soket elektrik


Pengawal Keselamatan turut mengecat Pondok Kawalan 


Pelajar sedang mengecat dinding di Bangunan 


Pelajar sedang membersihkan tingkap makmal elektrik


Pelajar sedang di makmal elektrik


Kerja pembersihan di Bengkel Elektrik


Pelajar membuat sudut Go Green Di Asrama Lelaki


Sudut Go Green Di Dewan Utama

Jumaat, 17 April 2015

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN EKSA KE MASJID PUTRAJAYA




PUTRAJAYA, 17 APRIL 2015 - Jawatankuasa Induk EKSA telah mengadakan Lawatan Penandaarasan Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Masjid Putrajaya, Presint 1, Putrajaya pada 16 April 2015 jam 11.00 pagi. Ketibaan rombongan telah disambut oleh wakil Masjid Putrajaya merangkap Jawatankuasa Promosi iaitu Ustaz Mohd Zulrashdi Bin Salleh bersama pegawai-pegawainya. Rombongan dari IKBN Seri Iskandar telah diketuai oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En.Amir-Kharul Bin Daud merangkap Koordinator EKSA. 


Tujuan lawatan kali ini lebih khusus kepada system pengurusan fail dan kriteria pengauditan EKSA di MAMPU di samping pembudayaan EKSA secara menyeluruh oleh kerana tahap keberkesanan sistem pengurusan fail merupakan faktor kecemerlangan sesebuah organisasi. Selain mengeratkan hubungan antara kedua-dua organisasi yang melaksanakan Amalan EKSA, lawatan ini memberi peluang kepada peserta rombongan untuk mengaplikasikan ilmu serta informasi yang telah diperolehi di sektor masing-masing.


Para Pegawai memberi tumpuan kepada taklimat yang disampaikan oleh Jawatankuasa Promosi EKSA Masjid Putrajaya


Ustaz Mohd Zulrashdi Bin Salleh memberi taklimat kepada peserta lawatan
   

Pn. Ruzana Binti Ijai bertanya mengenai aktiviti yang dijalankan oleh Jawatankuasa Latihan


Wakil dari Jawatankuasa Latihan EKSA Masjid Putrajaya menjawab soalan yang diajukan



En. Amir-Kharul Bin Daud menerima cenderahati dari pihak Masjid Putrajaya


En. Amir-Kharul Bin Daud menyampaikan hadiah kepada Uztaz Mohd Zulrasdhi Bin Salleh 


Sesi lawatan ke Lobi Masjid Putrajaya


Sudut Go Green


Sudut Induk EKSA Masjid Putrajaya


Sesi Gambar bersama Jawatankuasa EKSA Masjid Putrajaya


Sudut Zon Naim 


Ruang Legar Masjid Putrajaya


Di Pintu Masuk Utama Masjid Putrajaya


Pejabat Pentadbiran Masjid Putrajaya


Pentadbiran Masjid Putrajaya 


Di Lobi Pejabat Pentadbiran Masjid Putrajaya


Suasana Pejabat Pentadbiran 


Bilik Fail Pentadbiran


Sudut Keselamatan 

Isnin, 13 April 2015

Jumaat, 10 April 2015

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN EKSA DARI AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT TRONOH, PERAK




SERI ISKANDAR, 9 APRIL 2015 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima Lawatan Penandaarasan Pelaksanaan Amalan EKSA dari Akademi Bomba Dan Penyelamat Tronoh, Perak pada 8 April 2015 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Pnuematik. Lawatan penandaarasan ini diketuai oleh Penguasa Kanan Bomba, Tn.Mohamed Syafiz Bin Yusof bersama 20 pegawai bomba.



Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan Amalan EKSA di sini dan banyak idea serta maklumat mengenai EKSA yang diperoleh hasil dari lawatan tersebut terutama berkaitan dengan inovasi yang dibangunkan digunapakai seperti manara 5S. Sesi taklimat dan dialog selama 1 jam telah berlangsung dari Jawatankuasa Latihan EKSA menyampaikan serba sedikit latar belakang pelaksanaan EKSA oleh En. Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor. Di akhir program ini, delegasi ini telah di bawa untuk melihat sekitar bahagian dan unit bagi melihat dan suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA



Pn. Noorhfizah Binti Isa sebagai pengacara majlis memberi ucapan aluan 


Peserta rombongan memberi fokus taklimat yang disampaikan oleh Jawatankuasa Latihan


En. Amir-Kharul Bin Daud sedang memberi taklimat mengenai EKSA di IKBN Seri Iskandar


En. MOhd Zazuli Bin Badru mengambil gambar SOP di Bilik Mesyuarat 


Pn. Azizah Binti Hussain memberi taklimat SOP di Bilik Mesyuarat


Sesi lawatan di Makmal Multimedia Pengarangan di Jabatan Teknologi Maklumat 


Lawatan di Sektor 5 


Sesi bergambar bersama peserta rombongan dengan Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar 


 Penyampaian cenderahati