PUTRAJAYA,
17 APRIL 2015 -
Jawatankuasa Induk EKSA telah mengadakan Lawatan Penandaarasan Amalan Ekosistem
Kondusif Sektor Awam (EKSA) ke Masjid Putrajaya, Presint 1, Putrajaya pada 16
April 2015 jam 11.00 pagi. Ketibaan rombongan telah disambut oleh wakil Masjid
Putrajaya merangkap Jawatankuasa Promosi iaitu Ustaz Mohd Zulrashdi Bin Salleh
bersama pegawai-pegawainya. Rombongan dari IKBN Seri Iskandar telah diketuai
oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En.Amir-Kharul Bin Daud
merangkap Koordinator EKSA.
Tujuan lawatan kali ini lebih khusus kepada system pengurusan fail dan
kriteria pengauditan EKSA di MAMPU di samping pembudayaan EKSA secara
menyeluruh oleh kerana tahap keberkesanan sistem pengurusan fail merupakan
faktor kecemerlangan sesebuah organisasi. Selain mengeratkan hubungan
antara kedua-dua organisasi yang melaksanakan Amalan EKSA, lawatan ini memberi
peluang kepada peserta rombongan untuk mengaplikasikan ilmu
serta informasi yang telah diperolehi di sektor masing-masing.
Para Pegawai memberi tumpuan kepada taklimat yang disampaikan oleh Jawatankuasa Promosi EKSA Masjid Putrajaya
Ustaz Mohd Zulrashdi Bin Salleh memberi taklimat kepada peserta lawatan
Pn. Ruzana Binti Ijai bertanya mengenai aktiviti yang dijalankan oleh Jawatankuasa Latihan
Wakil dari Jawatankuasa Latihan EKSA Masjid Putrajaya menjawab soalan yang diajukan
En. Amir-Kharul Bin Daud menerima cenderahati dari pihak Masjid Putrajaya
En. Amir-Kharul Bin Daud menyampaikan hadiah kepada Uztaz Mohd Zulrasdhi Bin Salleh
Sesi lawatan ke Lobi Masjid Putrajaya
Sudut Go Green
Sudut Induk EKSA Masjid Putrajaya
Sesi Gambar bersama Jawatankuasa EKSA Masjid Putrajaya
Sudut Zon Naim
Ruang Legar Masjid Putrajaya
Di Pintu Masuk Utama Masjid Putrajaya
Pejabat Pentadbiran Masjid Putrajaya
Pentadbiran Masjid Putrajaya
Di Lobi Pejabat Pentadbiran Masjid Putrajaya
Suasana Pejabat Pentadbiran
Bilik Fail Pentadbiran
Sudut Keselamatan