Jumaat, 31 Julai 2015

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA PADA 29-30 JULAI 2015


SERI ISKANDAR, 31 JULAI 2015 - Program Gotong Royong Perdana sempena Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam(EKSA) telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 29-30 Julai 2015 jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini dikoordinasikan oleh Jawatankuasa Induk EKSA. Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En.Amir-Kharul Bin Daud yang merupakan Koordinator EKSA kepada semua pelajar dan kakitangan. 
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengekalkan keceriaan dan kondusif serta sentiasa amal sepertimana dalam amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Selain itu juga ianya untuk persediaan awal bagi pengauditan EKSA dari MAMPU yang dijangka pada 12-14 Ogos 2015. Aktiviti gotong-royong kali ini memberi lebih tumpuan kepada keseluruhan sektor dan persekitaran IKBN Seri Iskandar bagi kerja-kerja mengecat semula pagar dan pasu bunga. Aktiviti gotong-royong di setiap sektor turut juga dilaksanakan agar sentiasa bersih dan ceria. Pekerja Syarikat Pembersihan dan Keselamatan turut sama berganding bahu dalam menjayakan program ini. 
Secara keseluruhannya program ini bukan sahaja telah mengeratkan hubungan antara semua lapisan malah ianya telah memberi impak yang amat sinonim dengan peribahasa sepakat membawa berkat. Jelas kelihatan semangat kesukarelawan tercetus berdasarkan kerjasama yang diberi dari wajah kegembiraan di kalangan Warga IKBN Seri Iskandar.
 
 
Pembersihan di Ruang Pejabat Cawangan Pembangunan Dan Penyelenggaraan Aset

 
Cuci tingkap di Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti

 
Pejabat Cawangan Hubungan Industri

 
Kakitangan bersama pelajar mengemaskini fail di Cawangan Pengurusan Pelajar


Bilik Mesyuarat Utama 

 
Kakitangan dan pelajar bersama-sama membersihkan sawang di Perpustakaan
 

 
Wakaf di Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan

 
Cermin Tingkap luar di Bilik Mesyuarat Utama

 
Membuang sampah dan mencabut rumput di Tugu 5S

 
Pembersihan di stor penyimpanan kerusi di Dewan
 
 
 
Pembersihan di stor penyimpanan alat muzik

 
Menyusun semula kitab suci Al-Quran di Surau Ibnu Sina
 

 
Pembersihan di sekitar Surau Ibnu Sina

 
Pembersihan di Dewan Makan


Kerja-kerja mengecat pasu bunga di luar kawasan pagar 

 
Penyusunan semula dan labelan di Stor Pusat

 
Pasang Bunting EKSA di Stor Pusat
 

Isnin, 13 Julai 2015