Jumaat, 18 Mac 2016

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN EKSA DARI IKBN NAKA, KEDAH

 
SERI ISKANDAR, 17 MAC 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima lawatan penandaarasan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) dari Institut Kemahiran Belia Negara Naka, Kedah pada 16 Mac 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Lawatan penandaarasan ini diketuai oleh Pn. Maizun Bt Ahmad, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama 20 kakitangan. Turut hadir sama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama semua Jawatankuasa Induk EKSA. Majlis diteruskan dengan sesi taklimat pengenalan dan pelaksanaan EKSA yang disampaikan oleh Pn. Ruzana Bt Ijai dibawah  Jawatankuasa Latihan.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA di sini serta maklumat mengenai EKSA yang bakal diperolehi hasil dari lawatan tersebut terutama berkaitan dengan inovasi yang dibangunkan digunapakai sebagai contoh Menara 5S dan beberapa projek inovasi lain.
 
Di akhir program ini, para delegasi ini telah di bawa melawat sekitar bahagian dan unit bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA di sini. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di pejabat mereka kelak
 
Para peserta dari IKBN Naka berkumpul di Bilik Mesyuarat Utama

 
Pembuka bicara dari En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA

 
Para peserta yang hadir sesi taklimat EKSA

 
Ucapan dari wakil IKBN Naka Pn. Maizun Bt Ahmad, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan latihan

 
Sesi taklimat pengenalan dan pelaksanaan EKSA IKBN Seri Iskandar oleh Pn. Ruzana Bt. Ijai dari Jawatankuasa Latihan

 
Jawatankuasa Seranta Pn. Noorhafizah Bt Isa membawa para peserta ke
Asrama Tun Fatimah

 
Para peserta mendengar taklimat dari Pn. Rodaih bt Hamid, Penyelia Asrama



 
Para peserta meninjau dan melihat sendiri pelaksanaan amalan EKSA di
Asrama Tun Fatimah

 
Sesi soal jawab dan perbincangan di antara para peserta dengan
Penyelia Asrama Tun Fatimah

 
Penyampaian Cenderahati dari IKBN Naka

 
Penyampaian cenderahati dari IKBN Seri Iskandar

 
Sesi bergambar bersama para peserta lawatan dari IKBN Naka