Rabu, 18 Januari 2017

Khamis, 12 Januari 2017

GOTONG ROYONG PERDANA EKSA SIRI 1/2017 DI IKBN SERI ISKANDAR


SERI ISKANDAR, 11 JANUARI 2017 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

 Aktiviti bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih. Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan pelajar.



Gotong-royong di Surau Ibnu Sina


Gotong royong di Pondok Bas Jabatan 


Di kawasan Stor Pentadbiran


Di kawasan Gyim


Di kawasan Cafe 


Di kawasan Perpustakaan 


Di pejabat Perpustakaan



Di Bilik Mesyuarat


Papan Kenyataan Pentadbiran


Di Kawasan Pejabat Cawangan Pengurusan Pelajar


Di Pejabat Cawangan Hubungan Industri


Di Stor Pentadbiran


Di Makmal Elektronik Industri

 

Di Makmal Multimedia 

 

Kerja mengecat Batu Parking yang lusuh

Rabu, 11 Januari 2017