Selasa, 15 Oktober 2013

Selasa, 8 Oktober 2013

KONVESYEN PESEKITARAN BERKUALITI AMALAN 5S ( QET ) PERINGKAT KEBANGSAAN DI BUKIT GAMBANG RESORT CITY, PAHANG


BUKIT GAMBANG, PAHANG, 7 OKTOBER 2013 -  Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar sekali lagi maju setapak dengan menyertai Konvesyen Persekitaran Berkualiti Amalan 5S ( QE ) Peringkat Kebangsaan pada 1-3 Oktober 2013 di Bukit Gambang Resort, Pahang dalam membudayakan persekitaran amalan 5S. Kumpulan QET dari IKBN Seri Iskandar iaitu "KIASU" yang membawa maksud takut kalah telah berjaya memperolehi tiga ( 3 ) bintang sekaligus dianugerahkan Emas dalam pertandingan tersebut. Di Konvesyen ini, pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah turut serta dalam pertandingan ini yang merangkumi pelbagai acara dipertandingkan. Setiap kumpulan akan mempersembahkan pelaksanaan amalan 5S jabatan / syarikat di hadapan para juri dan penonton mengikut cara masing-masing. Kumpulan "KIASU" terdiri daripada 12 orang ahli telah bertungkus-lumus membuat persediaan dari segi mental dan fizikal dan akhirnya pengorbanan ini telah membuahkan hasil dengan berjayanya membawa pulang Emas dipertandingan tersebut.
        Turut berkongsi kegembiraan dan kebanggaan kejayaan ini , Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar, Tn. Hj. Fisal Bin Ramli telah hadir bersama-sama di konvesyen tersebut. Dalam pertandingan ini, kumpulan KIASU IKBN Seri Iskandar bersaing dengan agensi-agensi lain termasuk IKBN Alor Gajah dan Pagoh serta syarikat swasta yang telah menempah nama dalam pertandingan ini. Persembahan setiap kumpulan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kumpulan "KIASU" IKBN Seri Iskandar dan akhirnya kami berjaya juga menharungi cabaran ini . Kejayaan ini adalah hasil seluruh warga IKBN Seri Iskandar dalam memimplemtasikan pelaksanaan amalan 5S dan prestasi ini akan dikekalkan serta dipertingkatkan dari semasa ke semasa. 

      
Kumpulan KIASU IKBN Seri Iskandar bersiap sedia menunggu giliran persembahan kepada panel juri


Kumpulan KIASU IKBN Seri Iskandar menunggu saat untuk persembahan


En. Mohd Zul bersiap sedia dengan slide persembahan  


En. Balamurugan memberikan persembahan dengan penuh keyakinan dan mantap kepada semua hadirin dan panel juri


Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar Tn. Hj. Fisal Bin Ramli bersama-sama meraikan kejayaan kumpulan KIASU setelah dianugerahkan emas  


Kumpulan KIASU IKBN Seri Iskandar mengambil gambar bersama sijil di ruang lobi konvensyen