Khamis, 17 April 2014

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA AMALAN 5S TAHUN 2014


SERI ISKANDAR, 16 APRIL 2014 - Bagi mengimplemantasikan dan sentiasa mengamalkan persekitaran konduksif di tempat kerja, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengambil anisiatif dengan mengadakan Program Gotong-Royong Perdana Persekitaran Berkualiti Amalan 5S pada 16 April 2014 jam 08.00 pagi bertempat di sekitar zon. Satu sesi taklimat telah diadakan di padang kawad di mana semua kakitangan dan pelajar berkumpul bagi pembahagian kawasan. Program ini melibatkan seluruh warga IKBN Seri Iskandar sebagai penaraju kepada kaedah paling efektif untuk memotivasikan pegawai dan pelajar serta meningkatkan produktiviti dalam sesebuah persekitaran kerja yang dilaksanakan secara sistematik. Program gotong-royong perdana ini adalah merupakan satu langkah bagi mempraktikkan IKBN Seri Iskandar ke arah identiti korporat dalam aspek pengurusan persekitaran kerja yang cemerlang, indah dan konduksif.

         Satu majlis takimat telah diadakan di mana Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator amalan 5S menyampaikan kata-kata amanat kepada semua warga IKBN Seri Iskandar sebelum program gotong-royong perdana dijalankan. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk persiapan Gerbang Kerjaya Siri 1/2014 pada 24 April 2014. Program tamat pada jam 05.00 petang.


Stor Pusat sediada akan berpindah ke tempat baru di Bangunan Pentadbiran 


Sudut Informasi Stor Pusat yang sediada sebelum berpindah ke Bahagian Pentadbiran 


Pelajar sedang membersihkan dan membuang perkakasan yang rosak di Stor Bahagian 
 Hal Ehwal Pelajar ( HEP ) 


Mengemas dan membersihkan tempat pembelajaran di Makmal Audio Visual 


Mengemas dan memasang semula perkakasan komputer di Bengkel Rangkaian Komputer 


Membuang sawang yang berada di sekitar siling dan tingkap 


Mengemas dan menyusun semula laci pengajar mengikut kesesuaian bilik di Makmal Multimedia Pengarangan Komputer 


Pelajar tekun membersihkan setiap sudut dan tempat di Makmal Multimedia Pengarangan Komputer 


Cik Gayathiri Pengajar Pengajian Umum sedang mengemaskini sudut 5S 



Pelajar turut membantu pengajar bersama-sama membersihkan dan mengemas di Bilik Ketua Jabatan Teknologi Maklumat


Pn. Noorhayati Binti Sepawi bersemangat mengemas fail di Bilik Ketua Unit Kewangan dan dibantu oleh pelajar 


Pelajar sedang mengemas dan menghias agar kelihatan seperti berimej korporat di Pejabat Hubungan Industri Dan Promosi 


Sebahagian perkakasan dan kabinet Stor Pusat dimasukkan ke tempat baru 


Pelajar turut membantu mengemas dan menyusun katil baru di Asrama Tun Perak 


Pelajar bersama pengajar sedang mengemas dan membersihkan di Pejabat Pengurusan Kualiti


Tekun membersihkan rak  dan menyusun fail di Pejabat Pembangunan Dan Penyelanggaraan Aset 

Rabu, 16 April 2014