Rabu, 12 Jun 2013

Khamis, 6 Jun 2013

KONVENSYEN " TEAM EXCELLENCE " 5S PERINGKAT WILAYAH UTARA 2013



PULAU PINANG, 6 JUN 2013 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar sekali lagi melangkah maju setapak kehadapan dengan menyertai Pertandingan Konvesyen " Team Excellence " Wilayah Utara 2013 pada 4-5 Jun 2013 di Hotel Equatorial Pulau Pinang dalam membudayakan amalan 5S. Kumpulan dari IKBN Seri Iskandar yang diberi nama "KIASU" dalam bahasa jepun tidak takut kalah telah berjaya menangi pertandingan ini dan dianugerahkan emas di mana layak ke pertandingan peringkat kebangsaan yang dijangkakan akan diadakan pada bulan oktober 2013 di Kuantan, Pahang.

Kumpulan "KIASU" ini adalah terdiri daripada semua peringkat yang diketuai oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud, Pn. Nor Dalilah Binti Yusoff, Pn. Atikah Binti Abd. Rahman, Cik Usah a/p Parmasavan, Cik Gayathiri a/p Jaya Krishnan, En. Mohd Zul Bin Badru, Cik Salinatun Fazua Binti Mohd Saleh, Pn. Syakila Binti Zainal, Pn. Siti Rodiah Binti Hamid dan Pn. Azizah Binti Hussain. Dalam konvesyen ini terbahagi kepada dua ( 2 ) kategori iaitu Inovatid dan Kreatif dan Amalan Persekitaran 5S. Di konvesyen ini sebanyak 49 kumpulan telah menyertai pertandingan ini yang melibatkan pelbagai agensi swasta dan kerajaan. Ini merupakan kali pertama kumpulan ini menyertai konvesyen dan berjaya melayakkan ke peringkat kebangsaan. Kejayaan ini telah memberi kebanggaan dan telah menaikkan nama jabatan khususnya Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia.