Khamis, 18 Mei 2017

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI ADTEC KULIM, KEDAH


SERI ISKANDAR, 18 MEI 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu Pusat Latihan Teknologi Tinggi ADTEC Kulim, Kedah pada  17 Mei 2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 14 orang.

Turut hadir sama sesi taklimat Tn.Hj. Fisal Bin Ramli, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Ahli Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor di bawah Jawatankuasa Latihan.

Para peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti. Diakhir rombongan sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran


Sesi taklimat oleh En. Raja Muadzam Syah Bin Raja Mohd Noor


Sesi bergambar bersama peserta rombongan


Penyampaian Cenderahati dari Pengarah IKBN Seri Iskandar kepada Timbalan Pengarah, Bahagian Sumber ADTEC Kulim


Penyampaian Cenderahati dari Timbalan Pengarah, Bahagian Sumber ADTEC Kulim kepada Pengarah IKBN Seri Iskandar


Lawatan di Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan


Sudut EKSA dari Sektor Orchid 


Lawatan ke Perpustakaan 


En. Mohamad Hanif Bin Abdullah memberi taklimat pelaksanaan EKSA di Perpustakaan


Lawatan Makmal Elektronik 


Lawatan ke Asrama Tun Fatimah


Lawatan di Dewan Makan


Sesi tandatangan di Buku Lawatan Rasmi 


Rabu, 17 Mei 2017