Rabu, 25 April 2012

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S OLEH INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN IPOH, PERAK


25.4.2012 - Institut Latihan Perindustrian Ipoh, Perak telah mengadakan lawatan  rasmi penandaarasan amalan 5S ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 24.4.2012 jam 09.00 pagi di Bilik Mesyuarat. Seramai 10 orang daripada pegawai dan kakitangan hadir pada lawatan tersebut dan sesi taklimat telah diadakan di mana Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Pelajar, En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator amalan 5S yang menyampaikan taklimat tersebut. Turut hadir bersama di taklimat tersebut, Tuan Pengarah, En. Muzkhairil Bin Muhamad dan Jawatankuasa Induk 5S. Taklimat tersebut merangkumi pelaksanaan amalan 5S dan dokementasi.


Para pegawai dan tetamu sedang memberi tumpuan dan perhatian pembentangan yang disampaikan oleh koordinator.