Jumaat, 8 November 2013

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA AMALAN 5S KALI 3/2013 PADA 7 NOVEMBER 2013



SERI ISKANDAR, 8 NOVEMBER 2013 - Amalan Persekitaran Berkualiti Amalan 5S telah membentuk disiplin warga Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar ( IKBNSI ) dengan mengutamakan kebersihan, kecekapan, kemesraan, ketepatan, penyeragaman dan keselamatan di samping meningkatkan kualiti dalam sistem penyampaian perkhidmatan. Bagi mencapai objektif dan matlamat organisasi yang dapat menjana pemikiran kreatif dan inovatif maka tanggal 7 November 2013, IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Program Gotong-Royong Perdana Amalan 5S kali Ke 3/2013 jam 08.00 pagi bertempat di Padang Kawad. Sebelum aktiviti gotong-royong bermula, urusetia program telah mengadakan sesi taklimat kepada seluruh warga IKBNSI oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud merangkap koordinator amalan 5S. Dalam amanat beliau berharap semua kakitangan dan pelajar melakukan dengan semangat keriangan dan tekun membersihkan setiap setiap zon.
               Para pelajar telah diasingkan mengikut setiap zon dan ketua jabatan / pengajar memberi taklimat kepada pelajar berkenaan sebelum aktiviti dijalankan. Program ini melibatkan seluruh warga IKBN Seri Iskandar sebagai penaraju kepada kaedah paling efektif memotivasikan pegawai dan pelajar serta meningkatkan produktivti dalam sesebuah persekitaran kerja dilaksanakan secara sistematik. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk persediaan menghadapi audit dari pihak MPC pada 14 November 2013 bagi memperbaharui sijil amalan 5S kali ketiga dan program tamat pada jam 05.00 petang.



En. Amir-Kharul Bin Daud sedang menyampaikan taklimat kepada semua kakitangan dan pelajar mengenai objektif program


Sebahagian pelajar ditugaskan membersihkan kawasan di ruang lobi petadbiran

 

Pn. Azizah Bt Hussain bersama pelajar memasang cadar dan hiasa di bilik mesyuarat utama


Pelajar tekun membersihkan laluan ke kolam


Pelajar mengangkat siling terpakai bagi menggantikan siling makmal yang rosak


Pelajar sedang mengecat semula set kerusi rotan yang lusuh


Pelajar Jurusan Rangkaian sedang mengemas dan membersihkan bilik kuliah rangkaian


Pelajar tekun membersihkan dan menanggalkan kesan gam di lantai pejabat


Pelajar bersungguh-sungguh membersihkan dan lap tingkap bilik kuliah sendiri
  

Pengarah IKBN Seri Iskandar Tn. Hj. Fisal Bin Ramli membuat pemantauan setiap zon supaya objektif program tercapai.