Isnin, 29 Januari 2018

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI AKEDEMI PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA BATU GAJAH, PERAK


SERI ISKANDAR, 10 JANUARI 2018 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima kunjungan pelawat seramai 30 orang pegawai dan kakitangan dari Akedemi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak pada  9 Januari 2018 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat pendedahan awal serta melihat secara dekat aplikasi pelaksanaan EKSA di IKBN Seri Iskandar. Ketibaan pelawat disambut oleh En. Amir-Kharul Bin Daud selaku Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan merangkap Koordinator EKSA, Ketua-ketua Jawatankuasa dan Zon serta sesi bergambar bersama pelawat di lobi utama pentadbiran.

Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Jawatankuasa  EKSA, Pn. Shakila Bt Zainal dan pelawat juga dibawa melawat ke sekitar zon-zon terlibat bagi melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di sini.

Adalah diharapkan agar perkongsian menerusi sesi lawatan ini dapat memperluas pelaksanaan EKSA di agensi Kerajaan lain bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif, meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi serta menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau dan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif


Sebahagian peserta lawatan dari APBM Batu Gajah, Perak


Taklimat EKSA telah disampaikan oleh Pn. Shakila Bt Zainal


Sesi lawatan di Bilik Fail Utama


Sekitar di kawasan Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan


Melihat contoh Catatan Pergerakan Pegawai 


Sesi soal jawab daripada pihak APBM, Batu Gajah, Perak


Lawatan ke Stor Utama