Rabu, 26 Julai 2017

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI JPA BIKUT KIARA, KUALA LUMPUR


SERI ISKANDAR, 26 JULAI 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu Institut Pentadbiran Awam, INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur 26 Julai 2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 30 orang.

Turut hadir sama sesi taklimat En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Ahli Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pn. Shakila Binti Zainal di bawah Jawatankuasa Latihan.

Para peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti. Diakhir rombongan sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran


Sesi taklimat di bilik mesyuarat utama


\
Lawatan di Bahagian Pentadbiran


Ruang kerja di Bahagian Pentadbiran


Sudut Go Green 


Perpustakaan
 

Makmal Rangkaian Komputer


Di Studia Multimedia Pengarangan


Bilik Projek Inovasi 


Sesi bergambar bersama peserta kursus


Penyampaian cenderahati kepada wakil INTAN Bukit Kiara


Penyampian cenderahati kepada En. Amit-Kharul Bin Daud


Isnin, 24 Julai 2017

KURSUS DALAMAN AUDITOR EKSA


SERI ISKANDAR,  24 JULAI 2017 – Kursus telah diadakan di bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Latihan ( BPL ) pada 20 dan 21 Julai 2017. Kursus ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dengan lebih terperinci kepadaahli jawatankuasa Audit Dalaman EKSA IKBN Seri Iskandar supaya dapat menjalankan tugas audit dengan cara dan etika yang betul. Penceramah yang dilantik adalah champion dari Institut Aminudin Baki iaitu En. Azhan Bin Ahmad.

Seramai 11 orang juruaudit dalaman EKSA IKBN Seri Iskandar yang terlibat dalam kursus tersebut. Topik ini melibatkan kriteria-kriteria audit EKSA mengikut kehendak dari MAMPU. Para peserta kursus di bawa setiap zon dan tempat bagi melihat dan praktikal tatacara pengauditan dijalankan.

Pada hari kedua, para peserta dibawa ke bilik mesyuarat untuk pembentangan dan perbincangan setiap penemuan yang ada. Seterusnya majlia penutuapan kursus diadakan. Semoga kursus yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan dan dipraktikan semasa menjalankan pengauditan mengikut kehendak EKSA MAMPU


Taklimat sedang disampaikan oleh Penceramah 

Khamis, 20 Julai 2017

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA SIRI 2/2017


SERI ISKANDAR, 20 JULAI 2017 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 19 Julai 2017 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang. Aktiviti ini bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal atau bengkel tetapi merangkumi semua zon yang terlibat termasuk Surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih. Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim antara pengajar dan pelajar.



Unit Cawangan Pengurusan Pelajar


Surau Lelaki di Bahagian Pentadbiran


Surau Ibnu Sinar 


Rumah Pam 


Kaki lima Astaka di Bahagian Pentadbiran


Bilik Ketua Bahagian Kewangan


Bengkel Elektronik Industri 


Bengkel Elektronik Industri 2


Jana Elektrik 


Tangki Air di Bahagian Teknologi Maklumat


Makmal Pengujian Elektronik 


Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Latihan


Stor Jabatan Teknologi Maklumat
 

Di luar pejabat Pengurusan Latihan

Khamis, 6 Julai 2017

TAKLIMAT EKOSISTEM KONDISIF SEKTOR AWAM (EKSA) KEPADA PELAJAR BARU SESI 2/2017



SERI ISKANDAR, 6 JULAI 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) dan pelaksanaan EKSA sentiasa diamalkan, Jawatankuasa Latihan telah mengadakan sesi taklimat kepada pelajar baru sesi 2/2017 pada 5 Julai 2017 jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Pneumatik. Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Mohd Khairi Bin Abdul Rahman.

Objektif utama sesi taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pelaksanaan amalan EKSA dilaksanakan di institut ini. Sekaligus mereka akan mempraktikan semasa berada di bengkel atau di asrama. 

Pelajar ini telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) di kepada mereka nanti. 


Taklimat EKSA sedang disampaikan oleh En. Mohd Khairi Bin Abdul Rahman