SERI
ISKANDAR, 24 JULAI 2017 –
Kursus telah diadakan di bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Latihan ( BPL )
pada 20 dan 21 Julai 2017. Kursus ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan
dengan lebih terperinci kepadaahli jawatankuasa Audit Dalaman EKSA IKBN Seri
Iskandar supaya dapat menjalankan tugas audit dengan cara dan etika yang betul.
Penceramah yang dilantik adalah champion dari Institut Aminudin Baki iaitu En.
Azhan Bin Ahmad.
Seramai 11 orang juruaudit dalaman EKSA IKBN Seri
Iskandar yang terlibat dalam kursus tersebut. Topik ini melibatkan
kriteria-kriteria audit EKSA mengikut kehendak dari MAMPU. Para peserta kursus
di bawa setiap zon dan tempat bagi melihat dan praktikal tatacara pengauditan
dijalankan.
Pada hari kedua, para
peserta dibawa ke bilik mesyuarat untuk pembentangan dan perbincangan setiap
penemuan yang ada. Seterusnya majlia penutuapan kursus diadakan. Semoga kursus
yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan dan dipraktikan semasa menjalankan
pengauditan mengikut kehendak EKSA MAMPU
Taklimat sedang disampaikan oleh Penceramah