SERI
ISKANDAR, 6 JULAI 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi
Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) dan pelaksanaan EKSA sentiasa diamalkan, Jawatankuasa Latihan telah mengadakan sesi taklimat kepada pelajar baru sesi 2/2017 pada 5 Julai 2017 jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Pneumatik. Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Mohd Khairi Bin Abdul Rahman.
Objektif utama sesi taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pelaksanaan amalan EKSA dilaksanakan di institut ini. Sekaligus mereka akan mempraktikan semasa berada di bengkel atau di asrama.
Pelajar ini telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan
pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi
serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif
Sektor Awam ( EKSA ) di kepada mereka nanti.
Taklimat EKSA sedang disampaikan oleh En. Mohd Khairi Bin Abdul Rahman