Isnin, 23 Julai 2012

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S KE SYARIKAT BOUSTEAD NAVAL SHIPYARD

12 JULAI 2012 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan lawatan penandaarasan persekitaran berkualiti amalan 5S ke Boustead Naval Shipyard Lumut, Perak pada 11 Julai 2012 jam 09.00 pagi seramai 50 orang termasuk pelajar dan kakitangan. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah merupakan salah satu slot program paradigma pelajar baru mengenai pelaksanaan amalan 5S di IKBN Seri Iskandar di samping pendedahan kepada pelajar tersebut. Program lawatan ini adalah anjuran Jawatankuasa Latihan 5S yang diketuai oleh Tn. Hj. Abdul Rahim Bin Basri. Tentatif program ini adalah melawat ke bahagian pentadbiran, bengkel dan dewan serbaguna. Majlis tamat pada jam 12.30 tengahari.