Sabtu, 27 April 2019

AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU PENTADBIRAN



SERI ISKANDAR, 27 APRIL 2019 - Bertempat di Surau Pentadbiran  Institut Kemahiran Belia Negara Seri telah menjalankan aktiviti Gotong Royong bagi membersih surau berkenaan sempena Program Impak@Komuniti pada 27 April 2019 bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program ini bermula jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan gotong-royong ini diadakan adalah untuk membersihkan surau dan juga adalah untuk menceriakan kawasan surau sempena dengan ketibaan bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Ia juga adalah untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain dengan aktiviti pembersihan secara bergotong royong.

Gotong-royong ini dijalankan di seluruh kawasan luar dan dalam surau berkenaan. Antara aktivitinya adalah mengecat, membersih dan sebagainya.
Hasil dari aktiviti yang dijalankan ini, didapati banyak kawasan surau yang kotor sudah pulih dan telah kembali bersih.














PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA


Rabu, 17 April 2019

Selasa, 16 April 2019

PEMASANGAN BANNER EKSA DI LOBI PENTADBIRAN


SERI ISKANDAR, 15 APRIL 2019 - Pemasangan Banner Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) hari ini dengan kerjasama Jawatankuasa Promosi EKSA telah dipasang di luar lobi Pejabat Pentadbiran bagi mempromosi pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di IKBN Seri Iskandar. Pemasangan Banner EKSA ini dibantu oleh En. Ibrahim Bin Mat Hussin.

Diharap pemasangan banner dapat membantu menyemarakkan semangat warga IKBN Seri Iskandar untuk menjayakan matlamat pelaksanaan amalan EKSA dan seterusnya ke arah persijilan EKSA kali kedua menjelang Ogos 2019. Terima kasih kepada En. Ibrahim Bin Mat Hussin yang sudi panjat untuk pasang banner tadi.