Rabu, 27 Ogos 2014

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA AMALAN 5S SESI 2/2014


SERI ISKANDAR, 28 OGOS 2014 - Amalan 5S membentuk displin warga IKBN Seri Iskandar dengan mengutamakan kebersihan, kecekapan, kemesraan, ketetapan, penyeragaman dan keselamatan di samping sentiasa mengamalkan budaya 5S yang berteraskan kepada usaha penambahbaikan secara berterusan melalui kerja berpasukan.

Sehubungan dengan itu, kakitangan IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Program Gotong-Royong Perdana 5S siri 2/2014 pada 27 Ogos 2014 jam 8.00 pagi bertempat di sekitar Zon IKBN Seri Iskandar. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program gotong-royong perdana tersebut ialah menyisih dan membuang barang atau dokumen yang tidak perlu, menyusun dan menyimpan barang dengan kemas dan membersihkan peralatan-peralatan yang ada.

Pelaksanaan gotong-royong 5S ini juga adalah bertujuan meneruskan semangat kaizen di dalam diri kakitangan IKBN Seri Iskandar di samping mengaplikasikan 'S' yang berakhir dalam urutan susunan 5S iaitu 'Sentiasa Amal'. Semua kakitangan telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi semasa menjalankan aktiviti gotong-royong ini dan menggambarkan talian ukhuwah yang kuat antara semua kakitangan IKBN Seri Iskandar.

Perubahan sebegini akan memberi impak yang lebih berkesan kepada setiap kakitangan kerana ini akan membuatkan segala urusan pejabat berjalan dengan lancar dan memudahkan komunikasi antara kakitangan apabila semua disatukan di tempat yang sama.

Pelajar sedang mengecat astaka 


Cik Erni Bt Zulkifli bersama pelajar membersihkan stor sukan 
 
 Peralatan Gimanasium dibersihkan agar peralatan tersebut dalam keadaan baik


Pelajar sedang membersihkan tingkap di Perpustakaan 
 

Kakitangan turut bergotog royong memperindahkan Bahagian Pentadbiran
 

Pelajar bersemangat menggantikan banner dan bunting amalan 5S yang lusuh kepada yang baru
 

Pelajar sedang mengecat garisan putih di padang sepak takraw
 
 Pekerja pembersihan turut membantu dalam program gotong-royong amalan 5S

 Pelajar membantu Pn. Noorhayati Bt Sepawi membersihkan bunga-bunga hiasan di Dewan

Selasa, 12 Ogos 2014

Khamis, 7 Ogos 2014

TAKLIMAT SESI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) AMALAN 5S



SERI ISKANDAR, 7 OGOS 2014 -  Taklimat pengenalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan pada 6 Ogos 2014 ( Rabu ) jam 08.30 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator amalan 5S bersama Ketua Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan, En. Syed Mohamed Bin Syed Jemalid, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua bahagian, ketua unit, pengajar, kakitangan, syarikat keselamatan, syarikat pembersihan dan para pelajar. Taklimat pengenalan EKSA disampaikan oleh Pn. Norhaidah Bt. Riboet, Pendaftar Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan, Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN).
             Objektif utama pihak pengurusan tertinggi IKBN Seri Iskandar adalah untuk menambahbaik pelaksanaan amalan 5S sediada mengikut spesifikasi di bawah MAMPU. Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovasi dalam kalangan agensi-agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam. Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira pelbagaian premis agensi kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan.
              Pada sebelah petang, sesi taklimat diteruskan kepada semua jawatankuasa induk dan pelaksana yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud dan diteruskan dengan lawatan ke Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan sebagai panduan dan berkongsi ilmu pengetahuan berkenaan pelaksanaan EKSA.
               Kesimpulannya, taklimat EKSA ini bukan bertujuan untuk menggantikan kongsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif. Dengan harapan IKBN Seri Iskandar dapat memperolehi Sijil Amalan 5S di bawah spesifikasi MAMPU

 Pn. Syakila Bt Zainal pengacara majlis memberi kata-kata aluan kepada para tetamu  yang hadir

 En. Amir-Kharul Bin Daud selaku koordinator Amalan 5S memberi ucapan perasmian Sesi Taklimat EKSA

 Para pegawai dan pelajar yang hadir di Sesi Taklimat EKSA

 Pn. Norhaida Bt Riboet memberi taklimat mengenai EKSA di bawah spesifikasi MAMPU 

 Penglibatan pelajar dalam kuiz yang dianjurkan oleh penceramah

Pelajar memberi tumpuan taklimat yang disampaikan oleh Pn. Norhaida Bt Riboet

 Sesi taklimat kepada para juruaudit dalaman Amalan 5S dan jawatankuasa induk serta pelaksana

 Sesi lawatan ke Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan melihat pelaksanaan amalan 5S sediada

 Pn.Norhaida Bt Riboet memberi komen cara penandaan anak kunci di Bilik Kunci Utama

 Sesi bergambar bersama jawatankuasa induk amalan 5S

Sesi bergambar bersama pihak penganjur di bawah Jawatankuasa Latihan Amalan 5S