Rabu, 27 Ogos 2014

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA AMALAN 5S SESI 2/2014


SERI ISKANDAR, 28 OGOS 2014 - Amalan 5S membentuk displin warga IKBN Seri Iskandar dengan mengutamakan kebersihan, kecekapan, kemesraan, ketetapan, penyeragaman dan keselamatan di samping sentiasa mengamalkan budaya 5S yang berteraskan kepada usaha penambahbaikan secara berterusan melalui kerja berpasukan.

Sehubungan dengan itu, kakitangan IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Program Gotong-Royong Perdana 5S siri 2/2014 pada 27 Ogos 2014 jam 8.00 pagi bertempat di sekitar Zon IKBN Seri Iskandar. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program gotong-royong perdana tersebut ialah menyisih dan membuang barang atau dokumen yang tidak perlu, menyusun dan menyimpan barang dengan kemas dan membersihkan peralatan-peralatan yang ada.

Pelaksanaan gotong-royong 5S ini juga adalah bertujuan meneruskan semangat kaizen di dalam diri kakitangan IKBN Seri Iskandar di samping mengaplikasikan 'S' yang berakhir dalam urutan susunan 5S iaitu 'Sentiasa Amal'. Semua kakitangan telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi semasa menjalankan aktiviti gotong-royong ini dan menggambarkan talian ukhuwah yang kuat antara semua kakitangan IKBN Seri Iskandar.

Perubahan sebegini akan memberi impak yang lebih berkesan kepada setiap kakitangan kerana ini akan membuatkan segala urusan pejabat berjalan dengan lancar dan memudahkan komunikasi antara kakitangan apabila semua disatukan di tempat yang sama.

Pelajar sedang mengecat astaka 


Cik Erni Bt Zulkifli bersama pelajar membersihkan stor sukan 
 
 Peralatan Gimanasium dibersihkan agar peralatan tersebut dalam keadaan baik


Pelajar sedang membersihkan tingkap di Perpustakaan 
 

Kakitangan turut bergotog royong memperindahkan Bahagian Pentadbiran
 

Pelajar bersemangat menggantikan banner dan bunting amalan 5S yang lusuh kepada yang baru
 

Pelajar sedang mengecat garisan putih di padang sepak takraw
 
 Pekerja pembersihan turut membantu dalam program gotong-royong amalan 5S

 Pelajar membantu Pn. Noorhayati Bt Sepawi membersihkan bunga-bunga hiasan di Dewan