Khamis, 29 Disember 2011

TAKLIMAT PERSEKITARAN BERKUALITI AMALAN 5S OLEH WAKIL KEMENTERIAN PADA 29 DISEMBER 2011

Majlis taklimat persekitaran berkualiti amalan 5S oleh pihak Kementerian Belia Dan Sukan telah diadakan pada 29 Disember 2011 di Dewan Dato' Maharajalel IKBN Seri Iskandar, Perak. Taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai amalan 5S yang dipraktikan di mana semua IKBN/IKBTN/JBS seluruh negeri dikehendaki melaksanakannya. Setiap wakil dari IKBN/IKTBN/JBS seluruh negeri hadir di dalam taklimat tersebut yang disampaikan oleh En. Razali Bin Hj. Mohamed Yassin bersama pegawai yang lain.

Pn. Emiyusida Bt. Yacob selaku pengacara majlis sedang memberi kata-kata aluan majlis kepada para tetamu. 

En. Ramli Bin Kosni membaca doa agar majlis yang diadakan diberkati dan berjalan lancar.

En. Razali Bin Mohamad Yassin dari Kementerian Belia Dan Sukan memberi taklimat kepada para tetamu yang hadir

Wakil setiap IKBN/IKTBN/JBS yang hadir dalam sesi taklimat pengenalan amalan 5S.

En. Razali Bin Mohamad Yassin sedang memberikan penerangan pelaksanaan amalan 5S kepada semua pegawai dan kakitangan yang hadir.
Para tetamu di bawa ke Unit Stor Pusat yang diiringi oleh En. Sharifuddin Bin Mohd Rani selaku Jawatankuasa Latihan ( 5S ) bagi melihat persekitaran pelaksanaan amalan 5S tersebut.

Beberapa pegawai dan kakitangan yang hadir mengambil gambar dan melihat fail induk  di sudut utama 5S.

En. Kishore Kumar a/l ayyawoo sedang memberi penerangan serba sedikit kuiz 5S kepada para tetamu yang hadir.

Para tetamu membuat lawatan ke sektor 5 dan berkesempatan mengambil gambar di sudut 5S. 

Tuan Pengarah, En. Muzkhairil Bin Muhamad berkesempatan menyampaikan cerderahati kepada semua tetamu yang hadir.









Sabtu, 10 Disember 2011

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S DARI IKBN DUSUN TUA PADA 8 DISEMBER 2011



10 Disember 2011 - Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua telah membuat lawatan penandaarasan amalan 5S ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 08 Disember 2011. Satu sesi taklimat telah diadakan di bawah Jawatankuasa Latihan ( 5S ) di mana taklimat tersebut telah disampaikan oleh Tn.Hj. Abdul Rahim B. Basri kepada para pegawai dan kakitangan IKBN Dusun Tua mengenai pelaksanaan persekitaran berkualiti amalan 5S dan proses ke arah memperolehi pensijilan amalan 5S.

Rabu, 7 Disember 2011

LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S DARI IKBN SEPANG, SELANGOR PADA 06 DISEMBER 2011


Lawatan penandaarasan amalan 5S daripada pegawai dan kakitanagn Institut Kemahiran Belia Negara Sepang, Selangor ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar pada 6 Disember 2011. Tujuan utama lawatan rasmi ini dilakasanakan adalah untuk memperolehi pengetahuan dan perjalanan amalan 5S di IKBN Seri Iskandar. Satu Sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul Rahim B. Basri selaku Ketua Unit, Jawatankuasa Latihan 5S. 

 
Para tetamu di bawa melawat ke Bahagian Pentadbiran dan Kewangan yang merupakan sektor 1 di mana pelaksanaan amalan 5S dilaksanakan terutama sekali dari pengurusan sistem fail dan stor bekalan pejabat.

Para tetamu di bawa melawat ke Bahagian Pembangunan Dan Penyelenggaraan Aset ( CPPA ) yang merupakan unit kecil dalam sektor 5.

Para tetamu di bawa melawat ke Bengkel Kejuruteraan Elektronik  di mana amalan 5S dilaksanakan dan penyusunan peralatan di bengkel.


Para tetamu di bawa ke bengkel jahitan dan  Ketua Unit, Jawatankuasa Latihan sedang memberi taklimat dan penerangan mengenai lebel dan penyediaan fail pelajar.


Para tetamu di bawa ke Sekolah Kejuruteraan Elektronik yang mana ianya merupakan sektor 5. Sektor 5 merupakan sektor yang cemerlang dan banyak menerima penganugerahan amalan 5S.
Para tetamu di bawa ke Unit Stor Pusat yang merupakan sektor yang cemerlang dalam kejayaan memperolehi pensijilan amalan 5S.


Sesi bergambar bersama para tetamu dengan Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar serta Jawatankuasa Induk 5S.
Majlis penyampaian cenderahati di mana Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar sendiri menyampaikan cenderahati tersebut kepada wakil dari IKBN Sepang, Selangor.



Selasa, 29 November 2011

PENYERAHAN SIJIL AMALAN 5S OLEH WAKIL MPC SEMPENA MAJLIS GERBANG KERJAYA KALI KEDUA PADA 29 NOVEMBER 2011


Wakil Dari pihak MPC turut hadir di Majlis Hari Gerbang Kerjaya Kali Kedua yang berlangsung di Dewan Dato' Maharajalela IKBN Seri Iskandar, Perak pada 29 November 2011 yang diiringi oleh Setiausaha Jawatankuasa Induk 5S.


 Majlis Penyerahan Sijil Amalan 5S oleh wakil MPC kepada Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia Dan Sukan  Tuan Haji Saari Bin Salleh sebagai simboliknya yang merupakan IKBN Seri Iskandar yang pertama mendapat sijil amalan 5S. 


 Ketua Pengarah, Bahagian Kemahiran Pembangunan, Kementerian Belia Dan Sukan Tuan Haji Saari Bin Salleh telah menyerahkan secara rasmi sijil amalan 5S kepada Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar Muzkhairil Bin Muhamad.



Khamis, 27 Oktober 2011

LAWATAN PENANDAARASAN PERTAMA 5S


LAWATAN PENANDAARASAN PERTAMA 5S DI IKBN SERI ISKANDAR DARI PIHAK KBS

20 OKTOBER 2011(Khamis) – Kami di IKBN Seri Iskandar telah menerima lawatan penandaarasan 5S dari pihak Kementerian Belia dan Sukan(KBS). Lawatan tersebut merupakan lawatan penandaarasan 5S yang pertama selepas IKBN Seri Iskandar menerima pensijilan Persekitaran Berkualiti dari pihak MPC pada 11 Oktober 2011 yang lalu. Pelawat terdiri daripada fasilitator, ketua zon dan ahli jawatan kuasa 5S KBS. Lawatan tersebut dimulakan dengan taklimat berkaitan 5S IKBN Seri Iskandar dan diteruskan dengan lawatan-lawatan ke sektor-sektor 5S di IKBN Seri Iskandar.

IKBN / IKTBN PERTAMA DIANUGERAHKAN PENSIJILAN AMALAN 5S

Rabu, 12 Oktober 2011

WAJAH KEPUASAN SELURUH WARGA IKBN SERI ISKANDAR



Tuan Pengarah, En. Muzkhairil bin Muhamad bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud dan Pegawai Audit MPC En. Ismail Bin Mohd Noh serta Jawatankuasa Induk 5S mengambil gambar kenangan selepas berjaya memperolehi persijilan amalan 5S.

 
Syabas IKBN Seri Iskandar.
Wajah keriangan dan kepuasan setelah mendapat sijil persekitaran berkualiti Amalan 5s.


Pemeriksaaan audit turut melibatkan bilik fail utama



Stor pusat juga di buat pemeriksaan.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada warga IKBN Seri Iskandar kerana hasil penat lelah selama ini telah membuahkan hasil dan mengukirkan sejarah IKBN Seri Iskandar. Pada 11 OKTOBER 2011 merupakan hari istimewa bagiIKBN Seri Iskandar kerana tel;ah diiktiraf sebagai IKBN Pertama Yang Mendapat Persijilan Persekitaran Berkualiti 5S Dari MPC dan seterusnya layak untuk bertanding dalam konvensyen akan datang.






Selasa, 11 Oktober 2011

AUDIT PERSEKITARAN BERKUALITI 5S DARI WAKIL MPC PADA 11 OKTOBER 2011

Pegawai Audit dari pihak MPC telah hadir ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Seri Iskandar bagi tujuan Audit  persekitaran 5S untuk penganugerahan Persijilan. Sesi taklimat telah diadakan di bilik mesyuarat IKBN Seri Iskandar di mana Tuan Pengarah, En Muzkhairil bin Muhamad bersama Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Kemahiran, En Amir-Kharul bin Daud selaku koordinator dan semua ketua sektor, sub sektor dan unit turut terlibat dalam taklimat tersebut. Tentatif pelaksanaan Audit adalah merangkumi pemeriksaan dokumentasi dan setiap sektor yang telah di tetapkan.

AUDIT PERSEKITARAN BERKUALITI ( 5S ) OLEH PIHAK MPC

PINDAAN TARIKH AUDIT AMALAN 5S

 Dimaklumkan   bahawa   tarikh  audit amalan 5S di Institut Kemahiran Belia Negara, Seri Iskandar oleh pihak MPC telah dipinda pada 11 Oktober 2011 ( Selasa ) sepertimana sebelum ini dijadualkan pada 4 Oktober 2011.

Jumaat, 7 Oktober 2011

HARI GOTONG ROYONG PERDANA 3 PADA 30 SEPTEMBER 2011.


Sebelum menjalankan aktiviti gotong royong perdana 3, En Amir-Kharul bin Daud sebagai Koordinator Amalan 5S  telah memberi taklimat dan kata-kata semangat kepada semua pegawai, kakitangan dan pelajar. 

Ketua Sektor memberi taklimat dan tugas kepada kakitangan dan pelajar mengikut kawasan. 

Semua pelajar dibahagikan mengikut Sektor yang telah ditetapkan. Terima Kasih kepada Warga IKBNSI yang telah menjayakan aktiviti gotong royong perdana 3 dengan penuh dedikasi dan komited melaksanakan amalan 5S.




Khamis, 6 Oktober 2011

KURSUS AUDIT DALAM AMALAN 5S PADA 29 SEPTEMBER 2011.



Kursus Audit Dalaman Amalan 5S ini dikendalikan oleh Puan Kamelah Dari IKM Lumut.
Kursus ini memberi teknik - teknik mengamalkan Amalan 5S.
Dengan adanya Amalan 5S ini akan mengubah cara menguruskan tempat kerja dan lain- lain.
Terima Kasih kepada Puan Kamelah atas taklimat yang diberikan.


Selasa, 20 September 2011

HARI PRA-AUDIT AMALAN 5S DARI MPC PADA 20 SEPTEMBER 2011.





Sesi taklimat dari pegawai MPC, sebelum meneruskan agenda lain.
Selamat datang kami ucapkan dari Warga IKBNSI.

Isnin, 19 September 2011

GOTONG - ROYONG PERDANA 2 AMALAN 5S PADA 13 SEPTEMBER 2011


Alhamdulillah, dengan semangat dan kerjasama Warga IKBNSI gotong- royong perdana 2 telah dilaksanakan dengan baik. Semua sektor bagunan telah dibersihkan,dengan mengamalkan Sisih(SEIRI), Susun(SEITON), Sapu(SEISO), Seragam(SEIKETSU), Sentiasa Amal(SHITSUKE).

Pelajar IKBNSI membaikpulih pentas ucapan.





Membaik pulih kolam,menukar air dan cat.

Terima Kasih warga IKBNSI.





Rabu, 10 Ogos 2011

PELAKSANAAN AMALAN 5S " REVERSE PARKING " PADA 5 OGOS 2011.

Pada 5 Ogos 2011, warga IKBNSI telah mengamalkan kaedah reverse parking atau meletakkan kereta secara mengundur. Dengan kaedah ini, ianya akan lebih memudahkan kita untuk mengeluarkan kenderaan apabila waktu kecemasan. Dengan harapan agar warga IKBNSI dapat meneruskan Amalan 5S ini.

Khamis, 28 Julai 2011

GOTONG ROYONG HARI SERAGAM (SHIKETSU) 20 JULAI 2011

Pada 20 Julai 2011, Warga IKBNSI telah bekerjasama mengadakan aktiviti gotong royong Hari Seragam. Semua Warga IKBNSI telah mematuhi piawaian persekitaran berkualiti ditempat kerja bagi memastikannya bersih dan teratur sepanjang masa.

  • membersihkan lampu

  • Persekitaran yang bersih akan membuatkan kita selesa melakukan sesuatu pekerjaan.
  • Warga IKBNSI telah bekerjasama melakukan aktiviti gotong royong seragam ini untuk mencapai Pensijilan Amalan 5S.
  • Terima Kasih Warga IKBNSI kerana telah berjaya melakukan Amalan ini.


LAWATAN PENANDAARASAN AMALAN 5S DI IKM LUMUT

Alhamdulillah, IKBNSI telah membuat Lawatan Penandaarasan di IKM Lumut Pada 19 Julai 2011, yang diketuai oleh En Amir Khairul Bin Daud. Kami disambut oleh wakil dari IKM Lumut.

  • Tibanya kami di sana disambut oleh wakil IKM Lumut


  • Dibawa masuk ke Dewan Bagi mendengar sedikit taklimat ringkas
  • Masuk semula ke Dewan untuk Taklimat 5S dan cara menjalankan 5S di IKM Lumut.
  • Lebih kurang sejam lebih kami mendengar taklimat.
  • Selepas itu kami dibawa ke bagunan - bagunan IKM Lumut yang mengamalkan Amalan 5S.

  • Susunan fail yang kemas dan mudah dicari

  • Mereka juga mengamalkan meletakkan kereta secara bertentangan (Reverse Parking).
  • Mudah untuk Keluar masuk, dan mengelakkan gangguan ketika mengeluarkan kereta.
  • Suasana dan keadaan tempat di IKM Lumut sangat teratur dengan mengamalkan Amalan 5S.
  • Kami berharap agar pihak IKM Lumut akan meneruskan dan melancarkan Amalan 5S ini secara berterusan. Terima Kasih atas ilmu dan tunjuk ajar dengan Amalan 5S.